,
Laman Utama

Dah Tua Pun Galak Main TikTok, Jaafar Onn; "Kalau Berehat, Siapa Nak Bagi Duit?"

Amri Hassan
24/05/2023
23:55 MYT
Pelakon senior Jaafar Onn enggan mengambil pusing akan komen dan kecaman netizen sebaliknya menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus aktif di media sosial.
Kerap kali muncul menerusi siaran langsung mahupun pelbagai kandungan digital di platform media sosial terutamanya TikTok, Jaafar, 72, dia berpegang pada niat untuk mencari rezeki.
"Saya tidak kekok untuk aktif dan buat 'live' di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, saya terima seadanya.
"Kalau ada orang kata jangan buat 'live' kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya.
"Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja. Namun, dalam hidup ini, ada masa untuk kita berehat dan mencari duit.
"Kalau sentiasa berehat, siapa pula mahu beri kita duit?" katanya kepada Gempak.
Setelah dilantik sebagai duta kepada jenama Nasi Kukus Tonggek, Jaafar membuktikan usahanya tidak sia-sia apabila cawangan pertama di Bukit Bintang dibuka untuk orang ramai.
Kata pengarah Nasi Kukus Tonggek Group Sdn Bhd, Muhammad Nur Aiman Basuni, Restoran Nasi Kukus Tonggek (NKT) kini mencipta sejarah baharu apabila berjaya meluaskan rangkaian restoran di Bukit Bintang sekali gus menjadi anak Melayu pertama yang membuka restoran nasi kukus di lokasi tumpuan orang ramai.
"Semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak.
"Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, iaitu di Bukit Bintang juga tercapai dengan bantuan Papa Jaafar Onn," katanya.
Selari dengan slogan Nasi Kukus Tonggek, iaitu Make Nasi Kukus Great Again dan sudah mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia sejak beroperasi empat tahun lalu, beliau mahu nasi kukus tempatan dikenali lebih luas.
Pada program sama, NKT Group M Sdn Bhd turut melancarkan Sambal Tonggek, dengan wajah Papa Jaafar pada produk pembungkusan, dan boleh didapati di semua platform atas talian buat masa ini.
Sambal Tonggek mudah dibawa ketika melancong ke mana-mana kerana pek kecil mesra poket, malah kandungan belacannya adalah ramuan khas yang hanya terdapat di kilang belacan Indonesia.
Justeru, Muhammad Nur Aiman berkata dengan bantuan Papa Jaafar juga, Nasi Kukus Tonggek kini mempunyai jumlah mencecah 139,000 pengikut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar