,
Hiburan

"Dah Sedekad Pun Masih Nak Membawang"- Luca Sickta, Heidi Sindir Siapa Tu?

Fiza Kamarudin
14/07/2020
02:43 MYT
Selepas lagu 7 Nasihat bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Kmy Kmo mendapat tempat di hati peminat, Luca Sickta kembali dengan buah tangan terbaru berjudul Yang Ini Yang Itu.
Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin berkata, Yang Ini Yang Itu lagu bergenre Hip Hop dan sedikit sentuhan pop itu menceritakan tentang seseorang yang bersikap ‘lalang’ atau tidak mempunyai pendirian.
Bagaimanapun kali ini Luca Sickta tidak bersama Kmy Kmo tetapi memilih rapper wanita yang sedang meningkat naik, Heidi selaku rakan duet. “Lagu Yang Ini Yang Itu adalah mengenai seorang yang bersikap ‘lalang’ atau dalam erti kata lain tidak ada pendirian tetap. Apa saja dia buat semua ikut orang yang mana tak ada pendirian sendiri.
“Memandangkan lagu ini saya ‘featuring’ dengan Heidi, jadi saya membawakan ‘lalang’ dari perspektif lelaki begitu juga dengan Heidi. Disebabkan itu, lirik lagu ini adalah ciptaan kami bersama,” katanya.
Luca mendedahkan, lagu itu adalah berdasarkan pengalaman hidup dilalui sepanjang mengenali pelbagai jenis dan ragam manusia. “Saya sudah kenal pelbagai ragam orang. Daripada sikap mereka itu saya menjadikan lagu.
“Tujuannya supaya ia dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Dalam masa, mungkin cerita dalam lagu ini pernah dilalui orang lain.
“Secara peribadi orang sebegini merimaskan. Cuma, kalau tidak ada orang seperti mereka ini kita tidak akan dapat belajar sesuatu daripada sikap sebegitu. Tidaklah juga sepenuhnya negatif,” katanya.
Mengenai pemilihan Heidi, Luca menyifatkan penyanyi lagu Ily itu mempunyai karektor tersendiri dalam rap sekali gus memberi warna baru dalam muzik dan lagu yang dipersembahkan. “Heidi mempunyai karakter yang kuat dalam rap. Stail dan gaya dia berbeza dengan rapper wanita lain. Apabila kami bekerjasama dalam lagu ini boleh dengar karakteristik yang dia miliki.
“Sebelum ini kami tak pernah pun bekerjasama. Saya lebih banyak dengan Kmy. Cuma lagu ini saja ia adalah projek sulung saya dan memilih untuk ‘featuring’ dengan penyanyi lain,” katanya.
Yang Ini Yang Itu adalah terbitan dan edaran Universal Music Malaysia telah dilancarkan pada, 10 Julai lalu.
Serentak dengan itu dilancarkan juga muzik video rasmi di saluran YouTube Universal Music Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”

gempak
29/07/2024
06:55 MYT
Tular paparan skrin Instastory seorang wanita yang mendakwa penyanyi rap yang dikenali menerusi lagu ‘healing’ berlaku curang terhadapnya selain mengandungkan orang lain dan enggan bertanggungjawab.
Hiburan

Isteri Didakwa Hamil, MK K-Clique Pilih Masa Yang Sesuai Untuk Kongsi - “Saya Memilih Sebegini Sebab ia Terlalu Peribadi”

gempak
22/04/2024
06:55 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Kmy Kmo Rekod Balik Lagu Tahun 2016, Apa Maksud 21A?

gempak
17/06/2023
12:45 MYT
Lancar lagu berjudul 21A.
Laman Utama

Penyanyi Rap, Penulis Lagu & Pendakwah, Jom Semak Fakta Mengenai Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

gempak
16/06/2023
03:50 MYT
Best juga lagu-lagu Essam
Laman Utama

"Bukan Saya Bitter" - Pandangan Luca Sickta, 20% Line Up Lagu Tak Layak Bertanding Di AJL Tapi ...

gempak
09/03/2023
08:00 MYT
Pandangan Luca