,
Hiburan

“Dah Ramai Faham Tentang Etika...” - Azhan Rani Tak Mahu Panjangkan Isu Salah Guna Gambar Miliknya

Badrul Hashim
16/12/2020
01:50 MYT
Beberapa hari lalu pelakon yang cukup hebat mewarnai setiap watak yang diberikan kepadanya, Azhan Rani, meluahkan rasa 'tidak puas hati' terhadap satu portal yang menggunakan gambarnya untuk melaporkan berita semasa tentang jenayah rogol.
Lebih tidak sopan apabila portal tersebut tidak meletakkan penerangan bahawa gambar yang digunakan hanyalah sebagai hiasan semata-mata, mahupun meletakkan kredit gambar tersebut yang diambil daripada Instagram miliknya.
"Alahai malas nak tulis sebenarnya tapi sebelum bertambah merebak tulis jugak la. Aku ok je nak kaitkan dengan watak atau drama NUR tu dengan kes-kes macam ni. Tak ada masalah pun.
"Tapi sebagai wakil media yang kuat jugak pengaruh di sosial media ni kan bagus kalau nampakkan sikit sopan dan beretika korang ni. dah la tu gambar dari IG aku, credit tidak apa pun tidak pastu suka-suka hati tak letakkan pun penerangan sekadar gambar hiasan ke apa ke. korang ni nak sangat ke aku merogol orang?" tulis Azhan pada entri di Instagram miliknya beberapa hari lalu.
Tambah Azhan, dia pernah mengambil mata pelajaran media massa suatu ketika dulu dan tahu tentang etika penulisan.
"Walaupun aku pelakon tapi pernah juga aku ambil paper minor mascom masa study dulu. mesti la ada etika dia. mesti ada beza penulisan orang media macam media arus perdana, portal, netizen dan orang cetek ilmu macam aku ni.
"Tapi kalau dah macam ni cara korang tulis cerita, aku dok pikir dari editor sampai writer kat portal semua tu yang kerja budak wechat je ke? Dah. Tu je la nak bebel," tulis Azhan lagi.
Dalam satu lagi entri terbaru di Instagram milik Azhan Rani, dia berterima kasih atas keperihatinan peminat dan netizen terhadap isu yang yang dialaminya.
"Ni last pasal isu roti lemau baru-baru ni. Ramai yang tak berhenti-henti komen dan mesej. Terima kasih atas keperihatinan kalian. ramai juga sebut perkataan saman saman saman.
"Ok aku petik satu reply kat komen di posting aku tu untuk jawab semua ye. general. itu la dia macam aku tulis kat atas tu. dah tak payah panjang-panjang lagi.
"Maarop sintok pernah berkata, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'. Ya bukan tujuan aku nak dapatkan duit pun dari isu ni. Duit kerja in shaallah cukup lagi setakat bayar bil, income tax, makan, saman parking dengan speed trap.
"Dah ramai faham dan mula sebut ‘etika’ pun dah ok la. Alhamdulillah. (Etika aku cakap ni bukan insuran ye. ni lain)," tulis Azhan panjang lebar.
Tambah Azhan lagi, dia tidak mahu memanjangkan cerita biarpun tidak ada seorang pun daripada pihak portal tersebut memohon maaf kepadanya atas apa yang telah berlaku.
"Ok la dah la tu. Kita tutup fail ye dengan memaafkan walaupun takde yang nak minta maaf pun. takpe. semoga sama-sama jadi lebih baik. In shaallah," tulisnya yang tidak lagi mahu berbicara tentang perkara tersebut.
Azhan Rani pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam Anugerah Tribute P. Ramlee apabila membawa watak A.R Tompel dalam biopik Saloma arahan Melissa Saila.
Kredit Gambar: Instagram Azhan Rani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Viral

“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies

gempak
28/04/2024
07:57 MYT
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.
Hiburan

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

gempak
25/04/2024
10:12 MYT
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Hiburan

Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil

gempak
03/04/2024
02:49 MYT
Sherry jadi Che Ton memang padu!
Hiburan

Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”

gempak
29/03/2024
21:45 MYT
Azhan Rani luah rasa kecewa.