,
Hiburan

Dah Macam Filem Anakku Sazali! Aksi Hebat Pelajar 'Berpesta' Lepas SPM Curi Tumpuan Netizen

Hanafis Haris
28/11/2019
07:39 MYT
Semalam, kecoh di media sosial apabila gambar sekumpulan pelajar menunggang motosikal yang berhimpun selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) viral.
Menerusi laporan Astro Awani, sekumpulan pelajar tersebut dikatakan menunggang motosikal secara melulu di beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka termasuk di Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.
Situasi berkenaan bukan saja mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, malah mereka turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya sehingga menyebabkan pengguna lain terpaksa 'beralah' memberi laluan kepada mereka.
Selain merakam aksi-aksi ngeri kumpulan pelajar berkenaan, aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merokok secara terang-terangan di kawasan awam turut dirakam.
Sementara itu di media sosial pula, ramai netizen yang mengkritik kelakuan tersebut yang disifatkan sebagai kurang bermoral dan agak keterlaluan.
Malah, ada diantara netizen yang menyamakan aksi seorang pelajar yang berdiri di atas kereta seperti adegan filem Anak Ku Sazali lakonan Allahyarham P. Ramlee.
Anda boleh lihat aksi pelajar tersebut serta beberapa komen netizen di bawah.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Hassan Basri Yahya ketika dihubungi Astro AWANI berkata, bertindak atas aduan, pihaknya mengeluarkan 17 saman kepada 17 pelajar lepasan SPM itu atas pelbagai kesalahan.
Antaranya termasuk tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.
Jelasnya, kesemua kesalahan itu masing-masing 15 di Klebang dan dua di bandaraya Melaka.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.