,
Laman Utama

Dah Layan Proksi? Rupanya Ini Sebab Sam & Aman Mahu Jadi Hackers!

Asraf Aided
11/12/2021
12:45 MYT
Filem Proksi arahan Mohd Shaufe A.Wahib telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First, sejak 18 November lalu.
Seperti yang diperkatakan kebanyakan penonton, Proksi mempunyai kualiti tersendiri selain menampilkan barisan pelakon handalan tanah air.
Filem ini mengisahkan tentang kegiatan penyebaran berita palsu dan aktiviti penggodam yang sememangnya berlaku di alam realiti.
Teraju utamanya, Bront Palarae berkongsi tentang watak yang dipegang dalam Proksi iaitu Sam dan faktor yang menyebabkan Sam terlibat dalam aktiviti menggodam.
"Sam adalah seorang hacker muda, dia merupakan sebahagian daripada jaringan kumpulan hackers di seluruh dunia yang anti-kapitalis atau anti sistem kewangan.
"Mereka cuba demokratikkan semua perkara dan percaya dengan konsep hak sama rata, mereka percaya semua orang tak perlu berhutang dan mahukan masa depan tanpa hutang.
"Macam-macam perkara yang berlaku di dunia ini yang buatkan mereka buat perkara itu, Sam terlibat dengan kawan baiknya iaitu Aman (watak yang dimainkan oleh Ashraf Sinclair)," kongsinya.
Tambah Bront, lama-kelamaan kegiatan Sam dan Aman itu dihidu oleh pihak berkuasa.
"Lama-kelamaan perbuatan Sam dan Aman dikesan oleh pihak berkuasa, akhirnya Sam tertangkap, daripada pengangkapan Sam itu, dia disoalsiasat pihak berkuasa untuk menangkap Aman pula," katanya lagi.
Namun apakah yang terjadi selepas itu? Adakah Aman berjaya ditangkap dan apakah kesudahan Sam?
Kepada anda yang belum menonton, jangan lupa saksikan Proksi yang turut dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha dan ramai lagi.
Hujung minggu ini mungkin waktu yang sesuai untuk anda menonton Proksi bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Untuk melanggan sila ke Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.