Hiburan

Dah Jadi Ibu Susuan, Alyah Jelaskan Hubungan Izzara Dengan Tok Ram - “Kami Tak Ambil Zara Dari Kebajikan Atau Rumah Anak Yatim…”

gempak
Asyikin Mayudin
04/02/2025
03:25 MYT
Sponsor Banner
Dah Jadi Ibu Susuan, Alyah Jelaskan Hubungan Izzara Dengan Tok Ram - “Kami Tak Ambil Zara Dari Kebajikan Atau Rumah Anak Yatim…”
Penyanyi Datin Alyah memberitahu dia banyak menerima mesej yang ingin mengetahui lokasi untuk mengambil anak angkat seperti Nur Izzara atau Zara.

Hanya berdoa

Bagaimanapun Alyah menjelaskan puteri kesayangannya itu bukan diambil dari rumah kebajikan atau rumah yatim seperti yang disangka.
“Apa yang ada pada saya semuanya atas ehsan Allah SWT. Alhamdulillah. Tak Terfikir pun, merancang jauh sekali. Apa yang saya selalu pinta dalam doa yang terbaik daripada Allah SWT buat saya.

“Sebab saya adalah hamba yang lemah lagi lugu dalam melihat masa depan saya sendiri. Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.

“Jadi minta Maaf banyak-banyak mana yang DM atau mesej saya tanya kat mana saya dapat Zara dan macam mana nak ambil anak angkat yang comel-comel,” kongsinya menerusi Instagram.

Anak saudara

Pada perkongsian yang sama, Alyah memberitahu Zara adalah anak saudaranya malah dia juga sudah menjadi ibu susuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Luang Masa Dengan Anak, Netizen Puji - “Very Fatherly Tok Ram, Dalam Serius Ada Lembut..”

ARTIKEL BERKAITAN: Nur Izzara Alami Muntah-Muntah Hingga Masuk Wad, Alyah Terkenang Kisah Ibu Ulang-Alik Hospital – “Saya Dulu Lahir Tak Cukup Bulan”

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah Dapat Ilham Nama Anak Izzara Dari Restoran Di R&R Ayer Keroh, Tak Pernah Rancang Ambil Anak Angkat

Alyah atau Nor Hasliah Abu Hassan, berharap tidak timbul sebarang keraguan mengenai hak anaknya itu dalam keluarga mereka terutama hubungan dengan suami iaitu pengarah muzik, Datuk Ramli MS.

“Zara dengan saya bukan orang lain dia adalah anak sedara saya sendiri. Seperkara lagi kami dah susukan Zara. Jadi antara Zara dan Tok Ram mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung.

“Harap sangat lepas apa yang saya mesej ni dapatlah memberi jawapan kepada pihak-pihak yang sering DM atau mesej saya berkenaan hal ibu susu juga ya,” ujarnya lagi.

Titip nasihat

Dalam pada itu, penyanyi berusia 44 tahun ini turut menitipkan nasihat buat pasangan yang mempunyai hasrat untuk mengambil anak angkat.

“Nasihat saya tentang yang nak ambil anak angkat ni. Kalau boleh jangan ikut apa orang kata atau apa rasa hati yang kita nak. Sebab yang kita nak jaga ni ialah jiwa dan nyawa, besar tanggungjawab ni dan tak mudah.

“Jadi sebelum apa-apa keputusan nak dibuat mohonlah pada yang Maha Kuasa juga pengendali sekelian alam ini. Dan dengan sesungguhnya DIA Maha Mengetahui dan perancang terhebat,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024