,
Laman Utama

Dah Boleh Mohon Tapak Bazar Ramadan Shah Alam Mulai 17 Januari Ini!

Fiza Kamarudin
11/01/2022
23:41 MYT
Menjelang Ramadan April ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka permohonan bazar Ramadan secara dalam talian untuk pengeluaran permit bazar tahun ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata orang ramai boleh membuat permohonan mulai 17 Januari sehingga 16 Februari depan melalui laman sesawang eBazar MBSA https://bazar.mbsa.gov.my.
"Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dan memuat naik salinan dokumen diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan. "Sebanyak 33 lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak MBSA tahun ini.
"Antara lokasi tapak bazar adalah di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Shahrin berkata, enam jenis jualan dengan kadar bayaran berbeza disenaraikan.
"Jualan makanan dan minuman dalam balang masing-masing pada kadar bayaran RM207.
"Jualan makanan (bergoreng), air kelapa / tebu dan jualan berbakar masing-masing RM237, manakala ayam golek pada kadar RM297.
"Orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkenaan Permit Bazar Ramadan boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-55105133 sambungan 1700/1762/1486/1699/1317/1366," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati

gempak
03/09/2024
05:20 MYT
Susulan tular satu hantaran di media sosial berhubung kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 77, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di kawasan itu.
Laman Utama

"Baru Dapat Kebenaran MBSA" - Stadium Shah Alam Bakal Dirobohkan

gempak
27/12/2023
09:50 MYT
Update proses perobohan Stadium Shah Alam.
Laman Utama

Hormati Derita Palestin, Konsert Milenia Tangguh Lagi - "Konsert Artis Barat, Bollywood, Korea Diluluskan Pula"

gempak
21/11/2023
05:32 MYT
Majlis Bandaraya Shah Alam yang memohon agar acara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu kerana berpendapat ia tidak sesuai dijalankan sekarang.
Laman Utama

“Nak Saman, Nak Rampas Kami Terima Tapi…”- Barang Meniaga Kena Angkut MBSA, Nadya Syahera Minta Berlaku Adil

gempak
30/09/2022
08:23 MYT
Nadya Syahera Minta Berlaku Adil
Laman Utama

“First Time Tengok Macam Ni” - Siap Ada Line 16 Bungkus, Air Balang Syahmi Sazli Laku Keras!

gempak
01/05/2022
12:30 MYT
Memang padu air balang Syahmi ni.