Berita
“Dah 2 Hari Tumbang, Tak Boleh Bangun...”- Elfaeza Ul Haq
Pelakon Elfaeza Ul Haq akui pengalaman Syawal kali ini berbeza buatnya kerana jatuh sakit dan hanya mampu terbaring sahaja.
Menurut Elfaeza dia diserang ‘demam urat’ hingga tidak mampu bangun dan bergerak kerana boleh jatuh pitam.
“Kesudahannya - TUMBANG! Dah 2 hari tumbang... tak boleh bangun... tak boleh makan... tak boleh bergerak... terbaring sahaja...
“Satu muka bengkak sebab mucus membrane swollen... air passage sempit so susah nak bernafas... bersin dan batuk tanpa henti.... badan panas dan sejuk.... demam urat... kalau bangun untuk ke toilet akan mabuk dan pitam...,” tulisnya.
Pelakon berasal dari Singapura itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Elfaeza menjangkakan dia akan pulih dalam masa dua hari lagi.
“Banyak sangat dosa ni... semoga sakit teruk ini membersihkan diri dari dosa... insyaAllah...
“Terima kasih semua yang mendoakan....
“Sekarang ni pun masih sakit lagi... demam urat... InsyaAllah dalam 2 hari lagi akan pulih,” katanya lagi.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya yang lemah terbaring.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar kesihatannya kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Must-Watch Video