,
Berita

Daging Korban Boleh Diberi Kepada Orang Bukan Islam Yang Tidak Memusuhi Islam - Mufti Perlis

Gempak
22/06/2024
11:55 MYT
Majlis Fatwa Negeri Perlis memutuskan daging korban Aidiladha boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, keputusan berkenaan adalah antara keputusan yang dicapai pada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-68/2024 baru-baru ini.

Daging korban

"Daging korban boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.
“Ia termasuk dalam muamalah baik yang dianjurkan terutamanya jika mereka dari dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan golongan miskin,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Hukum Beri Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam?

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebabnya Kenapa Otot Daging Masih Bergerak-Gerak Walaupun Selepas Lembu Disembelih

ARTIKEL BERKAITAN: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen

Mohd Asri berkata, keputusan berkenaan juga mengambil kira keutamaan kepada kaum muslimin.

“Ini dengan mengambil kira keutamaan kepada kaum muslimin dan keputusan ini bakal diangkat kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis,” katanya.

Sebelum ini, infografik dikongsikan di laman sosial Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memetik sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa Mazhab Syafie menyatakan tidak dibolehkan berbuat demikian kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaimanapun seandainya dalam komuniti masyarakat di sesebuah tempat itu terdapat jiran bukan Islam dan mereka dikenali dengan sifat baik serta keramahannya terhadap masyarakat Islam maka dibolehkan untuk diberikan daging korban tadi kepada mereka seandainya terdapat lebihan.
Namun begitu, jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka perlu didahulukan umat Islam setempat yang lebih memerlukan.
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Daging Korban Tak Boleh Disimpan Lebih 3 Hari, Betul Ke?

gempak
06/08/2020
00:41 MYT
Timbul persoalan mengenai kaedah penyimpanan daging korban yang dikatakan tidak boleh disimpan lebih tiga hari.
Hiburan

Prank Daging Korban Dengan Sampah, Youtuber Ditahan Polis

gempak
04/08/2020
06:34 MYT
Gaya Hidup

Wanita Ini Terkejut Daging Korban Yang Mahu Dimasak Masih Bergerak - “Itu Normal Kerana…”

gempak
01/08/2020
04:13 MYT
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Tolong Melapah Dari Pagi Sampai Tengahari Tak Bermakna Ada Hak Atas Daging Korban"

gempak
30/07/2020
10:06 MYT