,
Laman Utama

"Daddy Memang Selalu Sakit Perut, Terdedah Ulser Kalau Stress Atau Gastrik" - Yana Najib

Amri Hassan
06/09/2022
01:25 MYT
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mengesahkan bapanya mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Menerusi hantaran InstaStory pada Isnin, Nooryana memberitahu bahawa bapanya sebelum ini sering mengalami masalah perut berulang.
"Daddy (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut yang boleh berlaku di bawah tekanan atau disebabkan gastrik.
"Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lalu sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan," katanya.
Menurutnya, Najib seorang yang susah untuk mengadu mengenai kesakitan yang dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain sehingga sanggup merisikokan diri sendiri.
"Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kekuatan daddy.
"Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital," katanya.
Nooryana dan keluarga berharap Najib mendapat rawatan sepenuhnya bagi memastikan tahap kesihatan bapanya itu kembali pulih.
"Tolong jagakan daddy kami dan Bossku. Dia amat bermakna buat kami.
"Semoga ALLAH merahmati kami semua," katanya.
Media melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pegawai beliau yang turut memaklumkan bahawa keadaan bekas Presiden UMNO itu sebagai stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan diperlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Viral

Tertekan Dengan Sinior, Doktor Pelatih Suntik Diri Dengan Ubat Bius Hingga Maut

gempak
19/08/2024
03:00 MYT
Gara-gara tertekan dengan tekanan daripada siniornya, seorang doktor pelatih wanita 30 tahun membunuh diri apabila dia menyuntik dirinya menggunakan ubat bius hingga maut.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.