,
Laman Utama

Curi Ketika Darurat: Dosa Terhapus Jika Pemilik Halalkan - Mufti Kedah

Mya Amri
28/12/2021
05:46 MYT
Mencuri barangan keperluan ketika darurat akibat musibah banjir sememangnya berdosa, namun dosa itu terhapus sekiranya pemilik menghalalkan perbuatan itu.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang salah sama ada dari aspek agama mahupun perundangan, walaupun terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup.
Menurutnya, bagaimanapun dari sudut pandangan agama, individu yang mencuri terlepas daripada menanggung dosa apabila pemilik memaafkan kesalahan dilakukan atas alasan yang munasabah.
“Ada maklumat yang mengatakan mangsa banjir mengambil makanan dari pasar raya dan memberi pula kepada mangsa banjir lain. Walaupun berniat baik namun caranya tidak betul.
Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara walaupun matlamatnya adalah baik mahu bantu mangsa banjir, tetapi kaedahnya dengan mencuri adalah salah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan oleh syarikat korporat di Menara Zakat di sini, pada Isnin.
Baru-baru ini, tular di media sosial mangsa banjir memecah masuk dan mencuri barangan dalam premis kedai di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.
Berdasarkan laporan polis mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai berlaku, antaranya Mydin Mart, KK Mart, 7 Eleven dan Pasar Raya Jimat bagi mendapatkan bekalan makanan akibat bantuan lewat disalurkan.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan, pihaknya menghalalkan perbuatan tersebut dengan niat individu terlibat tiada pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lewat dan bukan dengan niat sebaliknya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Viral

Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Hollywood

Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

gempak
01/09/2024
14:00 MYT
Seorang wanita dari Kentucky ditangkap sewaktu mencuri beberapa kenderaan di kawasan North Main Street.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pasukan Badminton Indonesia Jadi Mangsa Kecurian, Rugi RM258,000!

gempak
06/08/2024
13:25 MYT
Malang tidak berbau. Itulah gambaran yang dihadapai oleh pasukan badminton Indonesia apabila mereka terlibat dengan kes kecurian saat berada di Paris, semalam.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).