,
Laman Utama

Curhat Isu ‘Gosok’ & Jadi Terkenal Pada Peminat, Pamungkas: “Fame Is Lonely”

Maliah Surip
05/05/2023
11:30 MYT
Komposer dan penyanyi Pamungkas mengakhiri siri Konsert Nusafest, Pamungkas Live In Kuala Lumpur di Zepp KL dengan untaian hitnya, Kenangan Manis.
Sebaik lampu panggung yang sebelumnya diisi oleh Pamungkas bersama gerombolan pemuzik berkaliber yang sudah enam tahun berjalan dan berjuang bersamanya, terdengar jeritan daripada peminatnya - ‘we want more’.
Namun Pamungkas yang malam itu bergaya ala rock & roll pamit. Pemuzik berusia 29 tahun itu pamit dengan meninggalkan banyak kenangan manis buat penggemar yang sangat menghargai karya-karyanya.
Malah diselang-seli sebelum lagu berganti, Pamungkas kadang bercanda dan memilih berbicara dengan peminat.
Antara yang menarik perhatian apabila Pamungkas secara tiba-tiba membahas tentang isu dirinya ‘menggosok’ telefon bimbit peminat pada alat kemaluannya, sebagai sebuah candaan namun menjadi viral dan membuat dirinya dikritik teruk.
“Tentang kasus (kes) itu kelmarin, buat saya kenal siapa kawan yang sebenar,” katanya.
Pamungkas kemudian sempat curhat (curahan hati) dengan mengatakan menjadi popular ternyata sangat sunyi.
“Fame is lonely. Saya tidak tahu itu kerana sebelum ini saya tidak pernah diajar tentangnya baik di sekolah atau dimanapun,” katanya yang memang menjadi salah seorang pemuzik generasi kini paling berpengaruh di negara kelahirannya.
Di sebalik curhatnya, Pamungkas tetap disambut penuh bahagia oleh peminat. Semuanya dapat disaksikan dengan jelas saat lagu-lagu daripada album pertama Walk The Talk yang dilahirkan pada tahun 2018 sehingga daripada album Birdy yang dirilis baru-baru ini dilantunkan, peminat ikut sama menyanyi dan berdansa.
Di atas pentas dengan lampu silih berganti, begitu juga Pamungkas yang senang disapa Mas Pam ikut beberapa kali bertukar instrumen gitar mengikut tiap lagu yang didendangkan dan sesekali duduk di kerusi mengetik keyboard.
Salah satu yang membuat peminat histeria apabila pemuzik kelahiran Jakarta, Indonesia ini memainkan tembang yang mencetak sejarah besar dalam karier muziknya iaitu To The Bone.
Menjadi salah seorang 55 juta pendengar To The Bone yang memegang rekod si Spotify dengan melihat dan mendengar sendiri Pamungkas mendendangkan lagu ini di depan mata adalah sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Selain dua hit tersebut, Pamungkas membuka pentas dengan Flying Solo dari album keduanya, Sorry, Begin Again, Jealousy, Higher Then Ever, Kemarin dan One Only.
Tidak dilupakan, dua lagu milik kugiran legenda Dewa 19, Pupus dan Risalah Hati yang dirakam Pamungkas sewaktu pandemik melanda turut membuat seluruh Zepp KL gempita.
Terima kasih Pamungkas kerana menjadi pemuzik sejati - yang datang untuk muzik mungkin juga nanti pulangnya meninggalkan empayar muzik yang tak tergantikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar