HIBURAN
Culas Jalankan Tanggungjawab & Pengabaian Antara Tuntutan Zehra Zambri Failkan Cerai - “Sebagai Suami, Pertama Sekali Kita Kena…”
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Muhd Iqwan Samsudin berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh isterinya.
Menurut Iqwan, antara tuntutan tersebut merupakan tiada lagi persefahaman, culas menjalankan tanggungjawab dan pengabaian selain perkahwinan tidak dapat diselamatkan serta sikapn.
“Lima alasan untuk cerai, tiada persefahaman, sikap saya, perkahwinan ni tak dapat diselamatkan, pengabaian dan culas tanggungjawab.
“Saya serahkan segala-galanya atas budi bicara mahkamah. Sebelum ini saya ada beri kenyataan, ada beberapa proses telah dijalankan. Zehra sebelum ini tak nak beri kerjasama.
“Saya baru baca semua tuntutan daripada Zehra dan tuntutan ini akan dibaca semula dalam mahkamah,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Khamis.
Mengikut laporan, Zehra memfailkan perceraian pada 7 Mac lalu.
Menyerahkan segalanya kepada mahkamah, sebagai seorang suami Iqwan masih mahu mempertahankan rumah tangga namun reda jika sebaliknya.
“Kami masih berhubung atas dasar anak. Selepas difailkan, saya dimaklumkan hari ini merupakan sebutan pertama. Saya mengharapkan yang baik-baik.
“Kalau mahkamah rasa perlu dipanjangkan, saya ikut saja. Saya ada pendirian dan beberapa perkara diperinci dan diperjelaskan. Saya sebagai lelaki, pertama sekali kita kena pertahankan rumah tangga.
“Kalau sekiranya isteri kerap minta cerai, kena tanya apa sebabnya. Kalau saya pun, saya dah buat terbaik dan dia pun rasa begitu, jadi kita serahkan saja kepada mahkamah untuk cari punca,” ujarnya.
Terdahulu, Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suami, Nur Muhd Iqwan Samsudin selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Must-Watch Video