,
Hiburan

“Cukuplah, Aku Pergi Dengan Kawan-Kawan Baik Aku” - Khai Bahar Jawab Tuduhan Liar Netizen Mengenai Percutiannya

Izwan Isa
05/01/2024
08:55 MYT
Penyanyi Khai Bahar membidas dakwaan liar netizen di TikTok tentang percutian yang disertainya pada tahun baharu tempoh hari.
Khai yang memuat naik semula paparan skrin TikTok berkenaan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah semata-mata memandangkan dia pergi bercuti dengan kawan-kawan baiknya dari kampung.

BERITA TRENDING: Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

“Cukuplah… aku pergi dengan kawan-kawan baik aku yang aku kenal bertahun-tahun lama. Bukan sambut new year saja, sambut birthday sekali. Dah plan, kawan-kawan kampung lama aku, jangan sampai memfitnah.
“Kalau tak boleh bagi aku happy, jangan bagi aku sedih dengan apa yang jadi semua ini. Jangan salahkan aku apa yang jadi,” tulisnya.
Dalam pada itu, sambung Khai, dia lebih mengenali kawan-kawannya berbanding orang lain. “Biarlah kawan aku mcm mana sekalipun, aku tak adalah baik sangat, aku kenal kawan-kawan aku bukan semalam. Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana, cukuplah Allah tutup aib kita masing-masing.
“ Mak aku prenah pesan, nak buat apa buatlah, ingat apa sebelum buat, nanti pandai-pandai fikir mana baik mana salah. Dia pesan lagi, jangan dendam dengan orang, solat jangan tinggal.
“Aku pun minta maaf kalau ada salah silap dekat korang semua. Kalau tak suka aku skali pun jangan hina aku dan kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku dekat KL ni boleh kira berapa je, tu ja kawan aku, aku dah hilang syurga aku, sekali lagi maaf,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Khai Bahar Syukur, Konsert Solo Di DFP Berjalan Lancar - “Saya Practice Di Hospital”

Khai baru sahaja kehilangan ibunya, Rosnah Muhammad, 62, pada 2 Januari lalu. Difahamkan, Allahyarham Rosnah yang baru meraikan ulang tahun kelahiran ke-62 pada 25 Disember lalu, dilapor menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Sarat Dengan Mesej & Penuh Emosi, Ini 9 Iklan Raya 2024 Yang Best Untuk Ditonton!

gempak
06/04/2024
08:55 MYT
Memang best!
Hiburan

Sebut Nama Khai Bahar, Netizen Terhibur Lihat Telatah Comel Aafiyah!

gempak
13/03/2024
08:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan telatah anak beranak penyanyi no 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Aafiyah berjaya mencuri perhatian netizen.
Hiburan

Dipilih Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024, Khai Bahar; "Lagu Ini Sangat Disukai Arwah Ibu Saya"

gempak
09/03/2024
12:13 MYT
Selepas 23 tahun, lagu Rabiatul Adawiyah dirakamkan semula Inteam bersama Khai Bahar.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Wajah-Wajah The Most Wanted #GMWA23!

gempak
27/02/2024
01:59 MYT
Terbaik, terpaling trending sepanjang tahun 2023 menurut undian peminat!