,
Laman Utama

"Cukup 100,000 Followers TikTok, Saya Akan Jumpa Raihan" - Nazrey Johani

Amri Hassan
01/11/2022
03:52 MYT
Bekas penyanyi kumpulan Raihan, Nazrey Johani bersedia untuk bersemuka dengan anggota kumpulan nasyid itu seandainya jumlah pengikut akaun TikToknya mencecah bilangan 100,000!
BACA: "Selama Dengan Raihan, Saya Tak Pernah Senang Hati" - Nazrey Johani
Pertemuan itu bagi menyelesaikan kekusutan dan perselisihan faham yang berlaku antara mereka selama ini.
"Sebenarnya, ada pelbagai persepsi mengenai penarikan diri saya daripada Raihan. Padahal, saya betul-betul berhenti selepas buat kerja dakwah selama 20 hari di Sabah.
"Kalau saya tidak berhenti, saya takut menyusahkan Raihan kerana saya adalah penyanyi utama.
"Namun, isu ini tidak akan habis sampai bila-bila. Apabila kisah itu viral, saya berjanji ketika membuat siaran langsung di TikTok dan menyatakan jika pengikut di TikTok dan Instagram (IG) mencecah 100,000 orang, insya-Allah saya akan cari Raihan.
"Namun, syarat untuk cecah 100,000 pengikut itu, sengaja saya nyatakan. Sebenarnya, jujur dari hati, saya terdetik berjumpa mereka.
"Pada pertemuan itu, saya akan adakan sesi secara langsung, biar semua orang tengok. Iyalah, sebelum ini, kami hanya kata kami okay. Jadi, dalam dua minggu ini, saya berfikir untuk berdepan dan bertanya sendiri kepada anggota Raihan," ujarnya kepada Gempak.
Nazrey, 50, ditemui usai Konsert Nasyid Legenda di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.
Sehingga kini jumlah pengikut akaun TikTok Nazrey adalah 65,000 orang dan 30,000 di akaun Instagram.
@nazreyjohaniofficial Akaun rasmi Tahfiz Bayu Syahadah #islamictiktok #ustnazreyjohaniofficial ♬ original sound - nazreyjohaniofficial
Bulan lalu, rakaman video Nazrey mendedahkan sebab utama beliau menarik diri daripada kumpulan Raihan, tular.
Melalui entri dikongsi di Instagram (IG), Nazrey menjelaskan beliau tidak pernah mengejar populariti, malah, menganggap kerjaya nyanyian sebagai pekerjaan semata-mata.
Untuk rekod, Nazrey telah memilih untuk meninggalkan Raihan kira-kira 16 tahun lalu.
Raihan yang dianggotai Nazrey selaku penyanyi utama, Allahyarham Azahari Ahmad, Abu Bakar, Che Amran dan Amran, tampil dengan album pertama berjudul Puji-Pujian berkonsep nasyid kontemporari pada 1997.

Risau konsert Raihan

Dalam pada itu, Nazrey mahu bertemu dengan Raihan ekoran kerisauannya terhadap konsert Garis Masa Raihan pada 26 November ini.
"Saya risau mengenai konsert Raihan. Jadi, biarlah saya rendahkan diri, pergi cari mereka dan bertanya apa masalah lagi.
"Saya fikir tidak akan selesai jika kami tidak berjumpa. Jadi, saya hendak telefon mereka dan nyatakan saya mahu bersemuka. Perkara ini kena selesaikan sebab tidak pernah dibincangkan.
"Kemungkinan konsert Raihan kali ini akan membabitkan saya. Namun, ia hanya kemungkinan sebab konsert pun belum tentu jadi. Tengok macam mana pertemuan kami nanti.
"Jadi, tolong doakan saya dapat berjumpa Raihan dan berbincang dari hati ke hati. Saya mahu nyatakan, saya tiada masalah. Saya akan tolong apa yang saya boleh tolong... Itu sahaja," katanya.
Konsert Garis Masa Raihan dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dengan sasaran 7,000 penonton. Ia bersempena dengan ulangtahun ke-26 Raihan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.