VIRAL
Cuci Perut Lembu Korban Di Sungai, Netizen Berdebat… Ada Yang Kata Rosakkan Ekosistem, Ramai Pertahan Kata Tiada Masalah
Tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan beberapa individu sedang mencuci perut lembu di sungai dengan membuang najis haiwan tersebut terus ke dalam air.
Cuci Perut Lembu Di Sungai
Ternyata rakaman yang dipercayai berlaku sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Menjengah ke perkongsian tersebut, ada segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang dan kecewa apabila individu tersebut membuang isi perut lembu, termasuk sisa najis ke dalam sungai.
Beri Kesan Buruk Kepada Alam Sekitar
Perbuatan itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan sumber air, malah boleh memberi kesan buruk kepada ekosistem akuatik.
“Mentaliti 3rd class. Ni kang ada orang nak mandi la, ada campsite la tak ke naya. Ibadah qurban dah jadi macam pesta,” kritik perkongsian tersebut.
“Pahala ibadah jadi sia-sia. Allah murka sebab rosakkan ekosistem sungai,” komen netizen.
Tidak terhenti di situ, isu ini turut mengundang perdebatan apabila segelintir pihak tampil mempertahankan amalan tersebut.
Ada Yang Kata Tiada Masalah
Ada yang berpendapat bahawa tindakan mencuci perut lembu di sungai merupakan amalan tradisi yang telah lama diamalkan oleh masyarakat kampung, terutamanya semasa ibadah korban.
“Lah cuci perut kat sungai la bagus..memang dari dulu lagi. Dan orang pun ada common sense la takkan la pi cuci kat sungai yang ada campsite bagai ni sungai biasa,” balas netizen.
“Cuci perut lembu kat sungai ni dari dulu lagi dah buat, sekarang nak heboh. Tak pernah ada isu pun,” komen netizen lain.
“Air tu mengalir tau. Tak ada masalah pun nak cuci. And dalam perut tu tak ada apa yang cause harm pun,” tulis netizen lagi.
Dalam pada itu, terdapat juga saranan daripada beberapa pihak yang mencadangkan agar sisa perut haiwan ditanam di dalam tanah sebagai alternatif yang lebih mesra alam.
“Patut buang dalam lubang besar. Tak mengotorkan alam,” komen seorang netizen.
Must-Watch Video