,
Laman Utama

Cuba Banyak Cara Tapi Gagal, Cut Mini Ikhlas 23 Tahun Kahwin Tidak Dikurnia Anak

Maliah Surip
22/12/2023
07:50 MYT
Pelakon Cut Mini mengaku pada usia perkahwinan masuk 23 tahun, dia dan suami, Muhamad Safril Sarwono sudah ikhlas kerana masih belum diberi rezeki memiliki anak.

BERITA TRENDING: Rawatan IVF Tahun Lalu Gagal, Aprena Manrose Mahu Kembali Aktif Berlakon - “Bila Dah Buat Sekali,…

Ironi kata bintang filem Laskar Pelangi itu, dia dan suaminya sudah melakukan pelbagai cara termasuk melakukan beberapa kali prosuder bayi tabung uji untuk mendapatkan zuriat.
“Seawal tahun pertama nikah kami sudah pergi bertemu doktor untuk melakukan ujian dan memastikan kesihatan serta kesuburan tidak bermasalah.
“Dan semuanya baik maka kami berusaha mendapatkan anak secara normal,” kata Cut Mini sewaktu menjadi tetamu YouTube Daniel Mananta seperti dilaporkan Liputan6.com.

BERITA TRENDING: Fasha Sandha Rancang Hamil Tahun Depan, Pilih Proses IUI Atau IVF Untuk Dapat Anak Lelaki

Namun tanpa disedari setelah masuk usia pernikahan sembilan tahun mereka masih belum dikurniakan anak.
“Jadi kami ambil keputusan untuk lakukan proses bayi tabung uji. Kami ambil beberapa telur yang pada pandangan doktor ia baik. Ada beberapa dibekukan.
“Tapi percubaan pertama bayi tabung uji gagal. Dan dilakukan lagi menerusi telur yang dibekukan juga gagal. Waktu itu usia saya sekitar 30-an,” katanya lagi.

PILIHAN PEMBACA: Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’ Sensitif… Netizen & Rakan Artis Pujuk Achey & Isteri

Wanita berusia 49 tahun itu melanjutkan selain bayi tabung uji, dirinya melakukan alternatif rawatan akupuntur sehingga sempat diberi harapan berjaya hamil.
“Lepas buat akupuntur saya dirasakan hamil. Perasaan sewaktu itu berbunga-bunga, fikir jika kami mati akan ada yang mendoakan (anak).
“Malangnya seminggu selepas itu saya mengalami pendarahan. Saya histeria dan tidak dapat menerima kenyataan,” dedahnya.
Setelah semua usaha yang dijalankan gagal sehingga akhirnya dia dan suami memilih untuk ikhlas kerana tidak diberi zuriat.
Tanpa sedar usia rumah tangga mereka sudah masuk 23 tahun. Dia juga tidak pernah mencuba untuk hamil lagi.
"Kita nikmati semua yang ada kalau memang diberi zuriat maknanya Allah percaya bahawa kita mampu jadi ibu dan bapa yang boleh menyayangi dan membimbing dia.
“Kalaupun tidak bukan bermaksud kita tidak terbaik, tapi Allah punya rencana yang lebih baik lagi," tutupnya.

PILIHAN PEMBACA: “Tiada Istilah ‘Mandul’ Dalam Kamus Kerjaya Saya, Yang Ada…”- Ini Penjelasan Doktor Pakar Sakit Puan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar