Laman Utama
"Cuaca Terik Seakan Tiada Hari Esok, Tiada Angin Tiada Hujan" - Aidil Maula Syukur Dapat Tunai Haji
Penyanyi baharu, Aidil Maula meluahkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah haji di Makkah pada tahun ini.
Aidil, 28, pernah dijemput untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2020 namun terpaksa ditangguhkan ekoran COVID-19.
"Asalnya saya dijemput datang ke sini (Makkah) dua tahun sudah iaitu 2020. Tetapi ditangguhkan akibat Covid-19.
"Alhamdulillah hari ini sudah masuk minggu ketiga saya berada di sini dalam menunaikan ibadah haji.
"Hanya berasaskan muhassasah, sedikit sebanyak saya dapat menikmati kepayahan dan kesungguhan dalam mengerjakan haji secara konservatif," katanya.
Aidil menambah, dia berharap beroleh haji yang mabrur sepanjang memberi tumpuan menunaikan setiap rukun di sana.
Sementara itu, Aidil turut berkongsi pengalaman menariknya sepanjang berada di sana menerusi hantaran di Instagram.
"Tak pernah terlintas aku sekecil hati akan berangkat ke sini di usia kini. Tapi Alhamdulillah pada 7 Julai 2022, sampainya aku di Padang Arafah bersama-sama jemaah yang lain turun padang untuk berhadapan dengan-Nya.
"Cuaca terik seakan tiada hari esok. 38c, tegak di atas, tiada angin, tiada hujan.
"Tapi aku bersentuh hati dan berniat untuk berkhelah di luar pada malam hari sehinggalah Asar, 8 Julai. Dibilang waktu mustajab adalah dari waktu Zohor sehingga Maghrib, aku pun tak nak ketinggalan.
"Sunat berdiri ketika berdoa kepada-Nya. Ada pun aku tidak putus mengisi waktu dengan doa dan sedikit Al-Quran," kongsinya.
Selain Aidil, antara selebriti tempatan yang dijemput ke rumah Allah tahun ini ialah Nelydia Senrose, Datin Seri Heliza Helmi, Rita Sosilawati dan Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari.
Must-Watch Video