,
Hiburan

Cristina Suzanne Sarat Hamil, Bakal Timang Baby Boy Tak Lama Lagi!

Amri Hassan
26/12/2018
18:48 MYT
Diam-diam ubi berisi! Sama seperti majlis pernikahannya, pelakon Cristina Suzanne bijak 'menyembunyikan' khabar terbaharu tentang dirinya daripada pengetahuan umum.
Baca: Tamat Zaman Bujang, Cristina Suzanne Selamat Bernikah
Selepas selamat bergelar isteri pada 30 Mac lalu, pelakon itu dikhabarkan kini sedang sarat hamil dan bakal bersalin tidak lama lagi.
Menerusi kiriman foto yang dihantar kepada Gempak, pelakon itu juga difahamkan bakal menimang bayi lelaki.
Foto yang dirakamkan ketika majlis baby shower di sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini turut dihadiri keluarga rapat pasangan itu.
Jelaslah, kondisi terkini Cristina menjawab keluhan pengarah filem Tujuh, Raja Mukhriz Raja Ahmad yang kecewa apabila aktres itu tidak mempromosikan filem berkenaan yang mula ditayangkan pada November lalu.
Menerusi tinjauan Gempak di Instagram peribadi Cristina, tiada langsung kemaskini terbaharu dan kali terakhir memuat naik entri pada 31 Ogos 2018.
Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 33, telah berkahwin dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor.
Semoga urusan bersalin Cristina kelak dipermudahkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar