,
Hiburan

‘Crash Diet’ Buat Nadia Brian Pening Kepala Sehingga Jatuh, Mata Pula Terkena Kerusi - “Harap Semua Lebam Ini…”

Asyikin Mayudin
28/10/2024
10:56 MYT
Pelakon Nadia Brian memaklumkan dia mengalami kecederaan di bahagian mata kanannya yang kini kelihatan lebam selepas terkena kerusi.

Perlu masa untuk sembuh

Sudah seminggu insiden itu berlaku, Nadia bagaimanapun meluahkan rasa syukur keadaannya kini semakin baik namun masih memerlukan masa untuk sembuh.

“Sesuatu telah berlaku, tak disengajakan saya terjatuh dan mata saya terkena kerusi… lebam la. Sudah seminggu, apa-apa pun Alhamdulillah dah semakin baik.

“Perlukan masa untuk sembuh,” kongsi Nadia menerusi video di Instastory.

Pengajaran untuk diri

Pada perkongsian video yang lain, pelakon berusia 33 tahun itu berpesan pada dirinya agar makan pada waktunya supaya tidak mengalami pening sehingga terjatuh.

“Untuk yang risau dengan keadaan saya, Insya-Allah Alhamdulillah, saya okay, tak ada apa. Saya dah pergi klinik.

“Pengajaran untuk diri sendiri, kena makan tepat waktu, jangan terlalu crash diet sangat sampai pening dan lepas itu jatuh. Doakan saya cepat baik, saya ada banyak benda nak kena buat, banyak kerja nak siapkan,” ujarnya.
Nadia turut memuat naik foto di platfrom Thread memperlihatkan wajahnya dicucuk dengan jarum disebabkan menjalani rawatan acupuncture.
“Tengah buat acupuncture ini. Harap semua lebam ini dapat hilang cepat. Kena kerja dah. Banyak komitmen. Insya-Allah saya boleh lakukan ini,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar