,
Hiburan

COVID-19: "Mereka Punya Maki Hamun Bernanah Telinga, Sesuai Untuk Yang Degil" - Netizen Mahu Azwan Ali & Rizalman 'Sekolahkan' Orang Awam!

Hanafis Haris
19/03/2020
05:09 MYT
Biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengekang wabak COVID-19, nampaknya masih ada yang tidak mematuhi arahan dikeluarkan.
Menerusi tinjauan di media sosial, masih ramai warganet berkongsi foto masyarakat yang berdegil keluar makan dan berhimpun beramai-ramai.
BACA: Masih Ramai Yang Lepak Kedai Makan… Degilnya! Tak Rasa Bersalah Ke?
Kecewa dengan sikap orang awam yang kalis dengan nasihat pihak atasan, sesetengah netizen tampil dengan idea yang meminta supaya pengacara Azwan Ali dan pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengambil alih tugas terbabit.
Menerusi satu posting Facebook Haslina Abu Hassan, dia menyarankan supaya kedua-dua individu ini menasihati masyarakat mengenai kepentingan 'social distance' susulan krisis COVID-19.
"Bagi je Azwan Ali dan Datuk Rizalman. Sebab diorang punya maki hamun bernanah telinga kalau dengar.
"Sesuai untuk mereka yang degil dan tak mahu ikut arahan," katanya.
Posting berkenaan turut mendapat perhatian Rizalman sendiri yang kemudiannya memuat naik 'screenshoot' tersebut di Instagram miliknya.
"Pandai hangpa na," katanya ringkas sebagai kapsyen.
Bagi Azwan pula, tinjauan Gempak di akaun Twiternya menyaksikan pengacara itu aktif memberi nasihat biarpun adakalanya perkataan digunakan sedikit kasar.
Terpulang pada orang ramai untuk 'menghadam' nasihat sebegitu.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

pandai hangpa naa

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.