,
Laman Utama

COVID-19: 2,882 Kes Baharu, Kemungkinan Besar Gelombang Omicron Akan Mula Di Malaysia

Awani
02/01/2022
10:40 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak besar kemungkinan gelombang varian Omicron akan bermula di Malaysia, sepertimana yang berlaku di negara-negara lain.
Justeru, menterinya, Khairy Jamaluddin dalam kemas kini di laman Twitter menegaskan, beberapa langkah segera perlu diambil untuk memperlahankan penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu.
"Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS (ujian, lapor, mengasingkan), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa, antara langkah perlahankan penularan Omicron," demikian kata Khairy dalam entri tersebut, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Khairy berkata dengan memperlahankan jangkitan Omicron, ia mampu mengelakkan sistem kesihatan awam menjadi lumpuh. "Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu, kebolehjangkitan Omicron > (lebih tinggi daripada) Delta.
"Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukkan hospital atau ICU (Unit Rawatan Rapi) akan meningkat," ujarnya lagi.
Klik AWANI untuk berita lanjut
Dalam perkembangan terbaru, Malaysia mencatatkan 2,882 kes baharu COVID-19 hari ini dan sedikit menurun berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,764,354
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 26 lagi kes kematian dengan angka keseluruhan sebanyak 31,513 kes sejak pandemik bermula.
Jumlah itu juga termasuk tiga kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Klik AWANI untuk berita lanjut
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.