,
Laman Utama

COVID-19: 2,859 Kes Positif Hari Ini, 181 Kes Positif Di PPS Banjir

Fiza Kamarudin
20/12/2021
10:41 MYT
Pada 20 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,589 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes.
Jumlah tersebut termasuk 181 kes positif COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di enam negeri di Semenanjung.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sehingga jam 11 pagi hari ini, sejumlah 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.
Jelasnya, kebanyakan kes positif COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, serta telah dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan lain termasuk PPS khusus untuk individu yang disahkan positif COVID-19.
"KKM telah menjangkakan peningkatan kes ini berkemungkinan ekoran keadaan pemindahan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi. Mungkin ada langkah-langkah kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya," kata Khairy.
Beliau berkata demikian semasa sidang media di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
"Kami (KKM) memahami isu ini, keutamaan dalam kita menyelamat mangsa banjir ini adalah untuk usaha menyelamatkan mereka.
"Kadangkala, memang tidak dapat dielakkan beberapa perkara yang sepatutnya dibuat dalam langkah kesihatan awam, ia tidak dapat dipatuhi," tambahnya.
Beliau pada masa sama memaklumkan terdapat 206 kes kontak rapat COVID-19 dan individu-individu berkenaan telah dipindahkan ke PPS khusus, PKRC, stesen kuarantin atau ke hospital.
Menurut Khairy, KKM telah bersiap-sedia dengan kemungkinan akan berlaku peningkatan kes COVID-19 disebabkan beberapa langkah kesihatan awam yang memang tidak dapat dipatuhi akibat banjir.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah memaklumkan kepada semua negeri untuk mempertingkatkan sistem kesihatan awam susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Jenama Ais Krim Popular Perkenal Perisa Campuran Bersama Ubat Batuk, KKM Arah Hentikan Penjualan Serta Merta

gempak
30/07/2024
09:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) yang dikeluarkan sebuah jenama ais krim dihentikan segera.
Berita

Vape Dijual Guna Vending Machine, KKM Ambil Tindakan

gempak
12/07/2024
11:55 MYT
Sebuah pusat beli-belah di ibu negara diarah menghentikan operasi penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri (vending machine).