,
Laman Utama

"Cover Sikit Dada Tu Sis" - Netizen Tegur, Isteri Caprice Pelik Ramai Nak Buat Kerja Malaikat

Amri Hassan
07/01/2022
08:50 MYT
Isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis pelik apabila ada segelintir netizen yang terlalu lantang menegur tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
Berkongsi luahan hatinya di Instagram Stories baru-baru ini, Farra mengakui ramai yang cuba mengambil alih tugas malaikat hingga leka dengan khilaf sendiri.
"Ramai yang nak ambil tugas malaikat Raqid dan Atid, mencatat amalan baik dan buruk manusia. Bila diri sendiri rasa hebat dan sempurna macam inilah rupanya. Menghina mencaci maki orang macam tak ada agama.
"Tak malu guna ayat kesat bagi publik baca, sibuk pasal hidup orang sampai masalah sendiri tak nampak. Tak apa kita doa yang baik-baik saja, biasanya orang macam ni ada banyak masalah hidup dia, tak rasa puas atau syukur dengan apa yang ada," katanya yang memilih keputusan untuk banyak berdiam diri.
Tegasnya, berdiam bukan bermakna salah atau takut tapi lebih selesa untuk memohon keampunan dari Maha Pencipta.
"Diam bukan takut, bukan salah. Sebab aku tak ada dosa dengan manusia, dosa aku dengan Dia. Aku minta maaf.
"Tapi korang duk kecam ni, kalau aku tak maafkan kasihan tak pasal-pasal nak kena cari aku kat Padang Mahsyar nanti," ujarnya.
Terdahulu, Farra atau lebih mesra disapa Elis memuat naik sepotong video mempromosikan produk di Instagram.
Namun, video terbabit dihujani komen-komen negatif dan nakal daripada netizen termasuk menegur penampilan Elis yang mendedahkan sebahagian dadanya.
"Sis dada tu milik suami you, jangan kasi orang tengok lah.
"Dada tu cover sikit, aku bukan nak jadi ustazah tapi kau yang minta orang kecam kau. Ingat kau seorang je ke ada dada? Orang lain pun ada, tapi tak ada tayang sana sini. Malulah sikit.
"Jual produk ker jual aurat? Bukan alasan bagi free show di media sosial, kalau semua orang boleh tengok apa keistimewaan suami you? I doakan you kaya, supaya boleh beli butang baju.
"Nanti depress kena kecam, masuk hospital. Pastu salahkan netizen.
"Mulut orang memang tak boleh tutup, tapi baju kita sendiri, kita boleh tutup molek-molek kak," tegur beberapa pengguna media sosial.
BACA: Isteri Pengsan, Masuk Hospital Tertekan Dengan Netizen Puaka, Caprice; "Serang Saya, Bukan Dia..."
Untuk rekod, pada pertengahan November 2021, Caprice membuat kejutan dengan mengumumkan yang dia telah mendirikan rumah tangga bersama Elis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar