,
Laman Utama

That Cover Girl Beri Cabaran Buat Siti Saleha - “Sebagai Pelakon Saya Puas”

Mya Amri
09/11/2023
09:55 MYT
Pelakon, Siti Saleha akui menjayakan watak Sofi siri Amazon Original pertama dari Malaysia secara eksklusif berjudul That Cover Girl memberikan kepuasan buat dirinya.
Menurut Saleha, dia merasakan watak tersebut agak berbeza berbanding naskhah yang pernah dijayakan sebelum ini.
“Sofi ini agak komplek maksud saya kisah di sebaliknya, selain itu ia menceritakan realiti sebenar dalam dunia fesyen.
“Bagi saya watak Sufi ini memberikan kepuasan sebenar pada saya untuk bermain dengan graf yang begitu banyak, sebagai pelakon saya puas,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu bercerita mengenai karakternya, Saleha atau lebih mesra dengan panggilan Sally ini amat menyukai wataknya.
“Saya suka kerana watak ini memberikan saya satu cabaran baharu kepada sebagai seorang pelakon.
“Kadang kadang bila saya baca dialog itu saya sendiri rasa seperti wow Sufi seriuslah? You go girl!.
“Walaupun hanya sampai episod enam tapi sebenarnya banyak perkara yang terjadi dalam drama itu,” ujarnya.
That Cover Girl diterbitkan Creative Stew mendapat sentuhan daripada Abid Hussain selaku pengarah. Ia turut dibarisi pelakon popular seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim Ridza.
Tidak hanya di Malaysia, siri yang disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT), Prime Video ini juga ditayangkan di 240 wilayah lain di seluruh dunia.
Sinopsis: That Cover Girl mengisahkan Sofi Safwan iaitu tokoh yang berjaya dalam bidang fesyen dengan empayar luas termasuk mempunyai suami yang sangat menyayangi dan menyokongnya.
Bagaimanapun terdapat beberapa kejadian malang dalam perniagaan seperti masalah skandal dan persekitaran kerja yang tidak menyenangkan.
Di sebalik cabaran itu, Sofi tetap berdedikasi dan tidak goyah menyelesaikan masalah dan isu yang membabitkan perkahwinan dan perniagaan walaupun berdepan pelbagai konflik sepanjang perjalanan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

gempak
22/08/2024
08:00 MYT
Pelakon, Siti Saleha memilih untuk kurang membuat siaran langsung di Instagram walaupun kehilangan pengikut di Instagram.
Hiburan

“Tak Baik Lah Buat Macam Tu, Awak Bukan Siti Saleha” - Siti Saleha

gempak
30/07/2024
03:55 MYT
Baru-baru ini, pelakon Siti Saleha tampil memuatnaik satu hantaran memaparkan akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan ‘cat fish’.
Artis Korea

Marry My Husband: Park Min Young Rela Potong Rambut Selepas 10 Tahun & Berlakon Tanpa Mekap

gempak
09/02/2024
11:55 MYT
Park Min Young tak mekap pun cantik.
Hiburan

Aidil Aziz Komen Isu Babak Panas Fasha - “Sudah Tentu Saya Tahu, Afieq Juga Ada Minta Izin Saya"

gempak
20/01/2024
03:55 MYT
Aidil komen babak Fasha dan Afieq.
Laman Utama

“Saya Akan Fikir Dua, Tiga Kali” – Siti Saleha Berwaspada Sebelum Kongsi Apa-Apa Di Media Sosial

gempak
07/11/2023
12:55 MYT
Ini pendirian Siti Saleha