,
Hiburan

Corat-Coret Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia 29

Mya Amri
25/09/2017
08:33 MYT
Festival Filem Malaysia (FFM29) secara rasminya telah pun berakhir dengan menyaksikan Adiwiraku dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM29.
Adiwira telah mengalahkan empat buah filem saingannya iaitu Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.
Manakala filem Abang Long Fadil 2 pula merangkul Anugerah Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak 17.3 juta.
Majlis berprestij FFM29 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu dihoskan oleh Zizan Razak.
FFM29 itu juga dimeriahkan dengan kehadiran artis popular antaranya Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Syatilla Melvin, Sharifah Amani dan Fizo Omar.
Sepanjang acara berlangsung, pelbagai perkara menarik berlaku pada majlis tersebut yang tidak dapat dilihat di kaca televisyen.
Di sini kami kongsikan corat-coret Anugerah Skrin 2016 antaranya:
1. Ada peminat yang hadir dengan memakai fesyen yang agak pelik, mungkin untuk menarik perhatian artis kegemaran mereka?
2. Sebelum acara bermula, ada beberapa peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama artis di karpet merah sehingga ada yang tersadung.
3. Sharifah Amani dan Nadiya Nisaa begitu gembira dapat bergambar bersama di karpet merah. Comelnya mereka berdua ni kan?
4. Walaupun kelam-kabut mencari tempat duduk namun bekas peserta Super Spontan Superstar 2017, Zulin Aziz tidak ketinggalan bersapa dan bersalaman dengan artis-artis lain.
5. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan lagu Negaraku.
6. Sewaktu diumumkan sebagai penerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Interchange, Shaheizy Sam mengambil masa yang agak lama untuk naik ke pentas.
7. Isterinya, Syatilla juga kelihatan teragak-agak sama ada mahu mengambil trofi berkenaan bagi pihak Sam atau tidak.
8. Syatilla kemudiannya bangun dan berjalan menuju ke arah pentas sebelum Sam tiba-tiba muncul dan mengambil trofi berkenaan bersama isteri tercinta sambil tersenyum. Awww sweetnya.
9. Sebelum tiba ke segmen seterusnya, Zizan Razak begitu tekun meneliti ‘cue card’ sebagai persediaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.
Muzikal Lawak Superstar 2022

Momen MLS3: Baju Gelembung Plastik Sampah Namie, Lirik Padu Ood & Datuk Awie Standing Ovation

gempak
02/09/2022
07:47 MYT
Macam-macam hal eh Namie ni hehe
Laman Utama

Corat-Coret: Catwalk Norren, Pak Nil Tanggal Kasut & Kembar Rambut Neon Antara Yang Menarik Di KLFW2022 Neonate

gempak
26/08/2022
11:51 MYT
Ini yang menarik berlaku di Neonate KLFW2022.
Laman Utama

Corat-Coret GV8: Vibe Ursula Adibah Noor, Nabil Ahmad Sebak & Kasut Roller SA.YA

gempak
29/11/2021
01:45 MYT
Apa yang penonton di rumah tak nampak!
Laman Utama

Corat-Coret GV8: Bulu Mata HKE Tercabut, Geng Baju Hijau & Manisnya Tahi Lalat Yassin

gempak
25/11/2021
16:05 MYT
Apa yang penonton di rumah tak nampak!