gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Maut Akibat Tertelan Belon Pada Hari Jadi - “Ketika Itu Peluang Hanya 50-50 Untuk Hidup”
HIBURAN
Tak Pernah Campur Urusan Peribadi Ibu, Anak Nora Ariffin Hanya Jadi Pendengar Setia Di Rumah - “Saya Percaya Apa Yang Ibu Buat Mesti…”
SUKAN
Bekas Pemain Manchester United Ditemui Mati, Bunuh Diri Di Bilik Tidur
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
ARTIS KOREA

“Confirm Kena, Mereka Mesti Ingat Saya Control Cun” – Jeon So Min

gempak
Mya Amri
21/11/2020
14:44 MYT
Sponsor Banner
“Confirm Kena, Mereka Mesti Ingat Saya Control Cun” – Jeon So Min
Pelakon Korea, Jeon So Min akui sudah biasa dengan usikan anggota Running Man.
Menurut So Min, dia tidak mengambil hati dengan perkara itu sebaliknya menganggap usikan yang diterima sebagai salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara mereka.
Malah dia sudah dapat meneka jika dirinya akan 'dikenakan' apabila mereka melihat penampilan dan foto fotonya dalam majalah Esquire Korea.
“Secara jujurnya mereka mesti akan mengusik sebaik melihat foto-foto saya dalam majalah ini.
“Saya boleh pasti mereka akan kenakan dan kata saya sedang berpura-pura control cantik. Tapi saya tidak berpura-pura untuk kelihatan cantik pun sebab dah memang cantik,” katanya bergurau.
Mengulas mengenai Running Man, So Min mendedahkan dia paling akrab dengan Ji Suk Jin.
“Saya rapat dengan Suk Jin, mesti ada yang rasa pelik tapi itulah hakikatnya. Saya kerap kali bercakap dengan Suk Jin menerusi panggilan telefon.
“Tahun ini sahaja boleh dikatakan banyak kali saya menghubunginya. Sebenarnya Suk Jin merupakan seorang kawan yang sangat disenangi dan kelakar.
“Saya rasa setiap kali kami berbual pasti akan berasa lega dan gembira,” ujarnya dalam temu bual bersama majalah Esquire Korea baru-baru ini.
Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
#Artis Korea
#Jeon So Min
#Runnin Man
Must-Watch Video