,
Laman Utama

“Confident Ni Takda Jual Kat…” - Mummy Jerung Merah Beri Sebab Why Dia Yakin Masuk Big Stage 2022

Izwan Isa
24/01/2022
00:50 MYT

Umum mengetahui yang Mummy Jerung atau nama sebenar Sofiaa Marieylla mula viral selepas gelagatnya bersama Skuad Jerung Merah menyorot perhatian umum.

Tidak lama selepas itu, Sofiaa ditawarkan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan Rocketfuel dan meluncurkan single perdananya, Akulah Jerung Merah.
Sungguhpun, banyak menerima kecaman, Sofiaa dilihat tidak memandang ke belakang dan terus ingin memajukan kariernya dalam bidang seni.
Justeru, tidak hairan jika dia menerima tawaran untuk menyertai pertandingan untuk penyanyi baharu, Big Stage 2022 pada tahun ini.
Ditanya mengenai keputusannya untuk menyertai Big Stage 2022, Sofiaa berkata, dia mahu mempelajari lebih mendalam tentang bidang nyanyian, selain mencabar dirinya yang tidak pernah menyertai sebarang pertandingan besar.
“Sebenarnya, ramai yang tidak tahu saya sudah mula menyanyi sejak di bangku sekolah lagi. Cuma, saya tidak berkesempatan untuk menyertai pertandingan berskala besar. Ketika itu, saya hanya menyanyi di sekitar negeri-negeri Pantai Timur sahaja seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Jadi, apabila diberi peluang untuk menyertai Big Stage 2022, saya berasa yang ini merupakan peluang yang baik untuk saya memperbaiki diri dari segi nyanyian dan juga kualiti vokal,” katanya kepada Gempak.
Menyentuh mengenai pesaing-pesaingnya yang rata-rata berpengalaman dalam bidang nyanyian, Sofiaa berkata, dia melihat hal itu sebagai satu cabaran.
“Nervous itu memang ada, tambahan pula saya masih baru dalam industri. Tetapi, saya lihat ia sebagai satu pesaingan yang sihat.
“Dalam masa yang sama, saya juga ingin mencabar diri dan menyanyikan lagu-lagu di luar comfort zone saya,” katanya yang ingin membawakan lagu-lagu bergenre rock dan juga irama Malaysia.
Ditanya bagaimana dia mempunyai keyakinan untuk menyanyi, Sofiaa berkata: “Confident ni takda jual kat Shopee ke, Lazada. Confident perlu ada dalam diri dan daripada situ ia akan bercambah menjadi semangat yang luar biasa,” katanya lagi.
Selain Sofiaa, peserta lain yang terlibat termasuklah Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Yazmin Aziz, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).
Big Stage 2022 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
***GEMPAK MOST WANTED datang lagi. Jangan lupa undi artis kesayangan anda dengan klik pada banner atau link ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#GMWA2022: “Ada Yang Terpeleot Kaki,” - The Sara Sisters Teruja Nak Buat Persembahan, Kongsi Kisah Lucu Sesi Latihan

gempak
26/02/2023
02:45 MYT
Memang meletup persembahan The Sara Sisters ya.
Laman Utama

#GempakWrapped2022: Bahagia Tidak Selamanya, Ini 10 Artis Yang Berpisah Tahun 2022

gempak
31/12/2022
14:51 MYT
Selebriti yang bercerai dan putus cinta 2022
Laman Utama

Jungkook BTS Antara Selebriti ‘Buka Pentas’ Piala Dunia 2022

gempak
13/11/2022
09:23 MYT
Jungkook diumumkan sebagai salah seorang selebriti yang akan membuka pentas sebelum perlawanan FIFA Piala Dunia 2022 di Qatar.
Laman Utama

COVID-19: Kes Meningkat Berbanding Semalam, 28 Lagi Kematian Direkodkan

gempak
04/01/2022
11:00 MYT
Malaysia mencatatkan 2,842  kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.
gaya hidup

NEW YEAR, NEW YOU – Tiada Apa Yang Diharapkan Selain Dimudahkan Urusan, Rezeki Yang Berkat dan Ketenangan

gempak
31/12/2021
09:19 MYT
Ayuh, kita doa yang baik-baik menjelangnya tahun baru 2022 ini. Diharapkan ia menjanjikan hari-hari yang lebih baik dari yang sebelumnya.