,
Laman Utama

Concert Ramli Sarip: Upclose and Personal Siap Gegarkan Malacca Music Hall

Maliah Surip
25/07/2022
08:32 MYT
Fasa endemik di seluruh negara bukan sahaja menyaksikan sektor ekonomi berjalan seperti biasa, dunia hiburan juga kembali meriah dengan pelbagai penganjuran acara termasuk persembahan pentas.
Selepas beberapa siri konsert artis tempatan sukses dilaksanakan, kini tiba giliran legenda Datuk Ramli Sarip menyapa para peminatnya menerusi sebuah persembahan intim dan eksklusif.
Para peminat setia Ramli Sarip akan berpeluang melepaskan rindu mereka untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi secara langsung di atas pentas pada 29 dan 30 Julai 2022 di Malacca Music Hall, Aqua Villa, Melaka.
Penjualan tiket bagi ‘Concert Ramli Sarip: Upclose and Personal’ ini adalah secara terhad, bertujuan untuk memberikan pengalaman yang eksklusif kepada para peminat setia untuk menyaksikan dan berhibur dengan persembahan mantap Ramli Sarip yang akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor Malaysia.
Ramli Sarip yang juga dikenali dengan gelaran Papa Rock oleh para peminatnya merupakan seorang penyanyi lagenda yang amat dikenali di Malaysia. Beliau memulakan karier beliau sebagai vokalis utama kumpulan Rock Melayu Sweet Charity yang telah menggegarkan arena seni di Malaysia dan Singapura pada tahun-tahun 70-an dan 80-an.
Selain itu, Ramli Sarip bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, malah beliau juga merupaka seorang pemuzik, penulis lirik, penyusun muzik dan juga penerbit.
Konsert yang diadakan buat julung kalinya di Malacca Music Hall ini adalah bersempena dengan pembukaan dewan konsert yang serba baharu ini di Melaka Bandaraya Bersejarah dan Ramli Sarip telah diberi penghormatan sebagai artis yang pertama membuat persembahan di tempat ini.
Sebagai sebuah dewan konsert yang baharu, Malacca Musik Hall ini telah direkabentuk dan dibina bagi menyediakan ruang dan platform untuk para artis dan pemuzik tempatan membuat persembahan mereka.
Tiket-tiket konsert eksklusif Ramli Sarip ini yang berharga RM650 seorang bagi kelas Premium dan RM550 seorang bagi kelas Gold kini boleh didapati secara atas talian di www.myticket.asia.
Dengan setiap pembelian tiket ini, para peminat akan disajikan dengan jamuan makan malam serta berpeluang untuk beramah mesra dengan Papa Rock sendiri sebelum acara konsert dimulakan. Tempat adalah terhad, sesuai dengan tema serta suasana eksklusif konsert tersebut.
Dan sekiranya para peminat ingin bermalam di Villa d Acqua selepas menyaksikan persembahan penyanyi lagenda itu, mereka boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan penginapan boleh hubungi 013-3011117. Harga penginapan tidak termasuk dengan harga tiket konsert.
Kepada mereka yang memerlukan maklumat lanjut mengenai konsert ini bolehlah menghubungi pihak penganjur di talian 017-3315111.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.