,
Laman Utama

“Comelnya Nampak Baby Bump” - Che Puan Khaleeda Bustamam Hamil Anak Keempat

Azwa Rahman
20/01/2021
04:19 MYT
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam mengesahkan dirinya hamil anak keempat.
Berita baik itu diumumkan menerusi ruangan komen pada sekeping foto di laman Instagram miliknya tiga hari yang lalu.
“Terima kasih semua for all the kind wishes,” tulisnya menerusi ruangam komen.
Menerusi sekeping foto yang dimuat naik, Che Puan dan anak perempuannya ayu mengenakan sepasang baju kurung warna sedondon merah jambu dan jelas kelihatan ‘baby bump’ di perutnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada beliau dan menitipkan doa agar sepanjang proses kehamilan ini berjalan lancar.
Malah, ada wargamaya yang turut meminta doa agar mereka dikurniakan rezeki zuriat seperti pasangan diraja tersebut.
“Baby nombor 4, nombor kegemaran Che Puan, tahniah,” ucap seseorang wargamaya.
“Dah agak dah YM Che Puan Khaleeda pregnant. Tahniah TMJ dan Che Puan bakal menimang cahaya mata keempat,” ujar seorang wargamaya.
“New baby coming. Congrats Che Puan Khaleeda. Semoga mummy dan baby sihat walafiat sepanjang kehamilan hingga bersalin,” kata seorang wargamaya.
“Congrats Che Puan. Doakan saya merasa menjadi soeorang ibu juga suatu hari nanti,” pinta seorang wargamaya.
“Tahniah, rezeki. Alangkah bahagianya kalau saya dapat mengandung walau sekali je lagi, alhamdulillah,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 74,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, TMJ selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene di sini pada 24 Oktober 2014.
Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah, 5, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, 4 dan Tunku Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tunku Ismail Dimasyhur Sebagai Pemangku Sultan Johor Bermula Hari Ini

gempak
28/01/2024
04:50 MYT
Daulat Tuanku.
Laman Utama

Jemput Jason Derulo, Tiket Sambutan Kejuaraan JDT Sold Out! - “Mesti Grand Ni, TMJ Jarang Tak Padu..”

gempak
14/10/2022
08:22 MYT
Sentiasa mantap!
Laman Utama

Recap Ahad: Puteri Sarah Warning Anak Kazar, Video Bella Dalam Hospital Meruntun Jiwa, Tempah Buka Puasa Tapi Tak Muncul!

gempak
17/04/2022
14:12 MYT
Mulakan hari baru!
Laman Utama

Hampir Pulih, TMJ Lawat Farizal Marlias Di Rumah, Siap Bagi Hadiah Set Golf! - “Mana Nak Dapat Bos Macam Ni Ye?”

gempak
13/04/2022
08:20 MYT
Boleh main golf lepas ni!
Laman Utama

Telan Kos RM1.5 Juta, TMJ Belanja Rumput Berkualiti Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

gempak
10/03/2022
22:48 MYT
Barulah mantap nak lari kejar bola.