Viral
Comelnya! Beruang Matahari Dipilih Ikon, Maskot Visit Malaysia 2026
Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Lebih menarik, watak Wira (beruang jantan) dan Manja (beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen itu.
BERITA TRENDING: Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"
Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB).
BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga
Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.
BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Hero-Hero Nasi Lemak Berkampung Di 'I Eat Nasi Lemak' - "Rakyat Malaysia Boleh Makan Ramai-Ramai Tak Kira Bangsa & Agama"
Sumber: Kosmo!Must-Watch Video