,
Hiburan

Cium Pipi Wanita, Bintang Squid Game Usia 79, Oh Young Soo Bakal Dipenjara

Maliah Surip
03/02/2024
04:50 MYT
Aktor senior dan pemenang Aktor Pembantu Terbaik Dalam Siri di Anugerah Golden Globe, Oh Young Soo berdepan hukuman penjara setahun jika didapati bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita.

BERITA TRENDING: Bintang Squid Game, Oh Young Soo Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Young Soo yang menjadi terkenal menerusi drama siri popular Squid Game dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita pada tahun 2017, lapor AllKPop.
Menerusi pertuduhan di mahkamah, bintang itu telah memegang, memeluk dan mencium wanita yang identiti tidak didedahkan sewaktu mereka mendaki dan melakukan riadah di sebuah tasik.
Lelaki berusia 79 tahun tersebut menafikan dakwaan yang dibuat pada 2022. Dia konsisten dengan jawapannya mengatakan hanya memegang tangan wanita tersebut sambil bersiar-siar di sekitar tasik pada insiden yang berlaku September 2017.
Namun pihak pendakwa raya memohon satu tahun penjara terhadap aktor tersebut atas pertuduhan menyentuh wanita secara tidak senonoh.
Pihak pendakwa raya melalui hujahnya mengataka Young Soo telah melahirkan keghairahan terhadap kliennya sewaktu mereka minum.
Young Soo kemudian meminta maaf kepada wanita itu dengan mengatakan menganggap dia seperti seorang anak. Namun pihak pendakwa raya melihat sebagai satu manipulasi.
Barisan peguam Young Soo bagaimanapun membantah tuntutan tersebut dengan mendakwa mereka kekurangan bukti selain membangkitkan masalah kesihatan pelakon tersebut.
“Ia sukar saya berada di mahkamah dengan usia sekarang. Saya berasa hidup saya dimusnahkan. Tolong lakukan keputusan yang tepat,” ujar Youn Soo menerusi peguamnya.

PILIHAN PEMBACA: Slay & Swag, Bila Bintang Squid Game, ‘Atok’ Oh Young-soo Berfesyen

Young Soo menjadi terkenal selepas membawa karakter Oh II nam menerusi Squid Game yang ditayangkan pada 2021 lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.