,
Laman Utama

“Cium Batu Nisan Pun Rasa Puas” - Noorkhiriah Menangis Di Kubur, Rindu Arwah Bapa

Mya Amri
06/12/2022
21:30 MYT
Pemergian bapa tersayang semenangnya meninggalkan bekas di hati pelakon, Noorkhiriah.
Sebagai seorang anak, hilang sudah tempat bermanja dan juga kasih sayang seorang ayah buat selamanya.
Disebabkan itu juga, Khiriah tidak dapat menahan sebak dan menangis sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya baru-baru ini.
Menurut Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, rindu paling sakit adalah rindu pada mereka yang telah tiada.
“Orang selalu nampak akak gelak… Tapi bila bahagian ini akak kalah… Rindu paling sakit… Ayah adalah lelaki pertama yang tak pernah sakitkan hati anak dia.
“Sangat betul dik… Masa ni empangan akak pecah, hari lahir arwah ayah 3/12 baru-baru ini. Semua anak-anak balik.
“Genap 69 tahun kalau ayah akak masih ada… Cium batu nisan pun akak dah rasa puas sangat. Sakit rindu ni, sakit sangat. Semoga pak tenang kat sana. Al- Fatihah…” luahnya.
Dalam pada itu, Khiriah juga menasihatkan kepada mereka yang masih mempunyai ibu bapa untuk menjaga mereka dengan baik dan penuh kasih sayang.
“Pada yang masih ada keduanya jagalah elok-elok… Sebab semua berbalik pada kita nanti… Arwah ayah akak terror masak meggi @kembojacempaka_ dendiam auk rekod ya,” coretnya.
Dalam perkembangan lain, Khiriah juga melakukan kerja amal menguruskan jenazah secara percuma diusahakan bersama suami, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kubur Penyanyi Glenn Fredly Terbakar Gara-Gara Lilin Dari Peminat

gempak
25/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly telah meninggal dunia pada 8 April 2020.
Berita

Capai Penggunaan Hampir 83%, Tanah Perkuburan Islam Kuala Lumpur Hanya Bertahan 5 Tahun Lagi

gempak
17/08/2024
12:25 MYT
Kurang dari lima tahun lagi, Tanah Perkuburan Islam (TPI) kariah masjid di Kuala Lumpur khususnya di kawasan kepadatan tinggi diunjurkan akan penuh.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

gempak
21/07/2024
01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.
Viral

Hiburkan Si Mati, Tayangan Filem Di Tanah Perkuburan Diadakan Di Thailand

gempak
08/07/2024
12:55 MYT
Pernahkah anda mendengar kisah tayangan filem diadakan untuk orang yang telah meninggal dunia?