,
Laman Utama

“Ciri-Ciri...Mulut Jangan Puaka”- Cari Pengasuh Anak, Azrinaz Mazharhakim Buka Pada Jobless

Syafiqah Jalal
01/07/2021
09:41 MYT
Bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazharhakim membuka peluang pekerjaan kepada yang sedang mencari sumber pendapatan untuk menjadi pengasuh anak-anaknya.
Azrinaz memberitahu seiring dengan situasi terkesannya pandemik sekarang ini dia memberi peluang sesiapa untuk bekerja dengannya.
“Dengan terkesannya pandemik ini dan mengakibatkan ramai dikalangan kita yang hilang sumber pendapatan. Malah ramai juga kelulusan Universiti masih belum mendapat pekerjaan.
“Disini saya ingin membuka ruang untuk sesiapa yang jobless mengiklan diri anda bagi mana-mana syarikat di luar sana atau majikan yang ingin mencari tenaga kerja.
“Dalam masa yang sama, saya juga mencari pengasuh kanak-kanak/nannie/domestic helper yang boleh menjaga anak-anak saya. Sila sertakan butiran anda di ruangan bawah atau anda boleh DM (mesej peribadi) saya,” katanya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama Azrinaz turut menyenariakn ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pembantu atau pengasuh anaknya.
“Antara ciri-ciri yang saya perlukan: rajin, disiplin, berpengalaman menjaga baby (bonus), berfikiran terbuka, tidak berkira masa, pembersih, BMI normal atau stamina kuat (faham kan?) dan mulut jangan puaka,” pintanya.
Azrinaz baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 26 Mac lalu. Puteri tersebut diberi nama Atheerah Medina.
Azrinaz mempunya seorang lagi anak hasil perkahwinan keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid yang berkahwin pada 1 Mei 2018.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam, Pengasuh Indonesia Didenda RM10,000

gempak
17/09/2024
23:56 MYT
Tindakan seorang pengasuh warga Indonesia menyembunyikan mayat bayi lelaki dalam mesin basuh sebelum menanam anaknya itu mengundang padah apabila Mahkamah Majistret Kangar menjatuhinya hukuman denda RM10,000.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Hiburan

Kerana Tekanan Kerja, Wanita Ini Naik Berat Sehingga 20 Kg

gempak
12/09/2024
04:55 MYT
Gara-gara tekanan di tempat kerja seorang wanita muda di China telah mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dalam masa setahun.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.