,
Berita

Cipta Sejarah, Tombiruo Finalis Filem Asia Terbaik

Rozaimi Zubaidi
17/10/2018
05:40 MYT
Filem‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ yang diadaptasi daripada novel karya Ramlee Awang Murshid, mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai finalis Filem Asia Terbaik pada anugerah ‘The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA)’ 2018.
Menurut data pencapaian filem Malaysia peringkat antarabangsa Tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw akan bersaing bersama lapan filem hebat lain dari seluruh Asia iaitu ‘1987 When The Day Comes‘ (Korea Selatan), ‘The Bold, The Corrupt and The Beautiful‘ (Taiwan), ‘Dying to Survive‘ (China), ‘Gali Guleiyan‘ (India), ‘Newton‘ (India), ‘Sanju‘ (India), ‘Shoplifters‘ (Jepun) dan ‘Youth‘ (China).
Pemenang anugerah itu akan diumumkan pada majlis kemuncak pada 5 Disember depan di Sydney.
Terdahulu, filem yang dibintangi Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, terpilih sebagai ‘Official Selection‘ di bawah kategori ‘World Fantastic Blue’ bersama-sama 36 filem lain dari seluruh dunia pada 22nd Bucheon International Fantastic Film Festival (BiFan) yang berlangsung dari 12 hingga 22 Julai lalu di Bucheon, Korea Selatan.
Selain itu, data tersebut turut berkongsi kejayaan filem berunsur super-natural, ‘Interchange‘ yang mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih anugerah Kesan Khas Visual pada Festival Filem Asia Pasifik ke-58 (APFF58) di Taipei, Taiwan, pada September lalu.
Filem arahan Dain Said itu turut dicalonkan dalam kategori Penataan Bunyi Terbaik dalam festival yang sama.
APFF58 turut menyaksikan penampilan tiga filem tempatan lain iaitu Adiwiraku, Hanyut dan Abang Long Fadil 2 bersaing, namun gagal meraih anugerah.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.