,
Berita

Cinta Tak Berbalas, Punca Dua Beranak Dibunuh

Awani
11/11/2024
18:55 MYT
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati suspek, lelaki berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa berusia 30 tahun. “Suspek mengenali mangsa sejak 2023 dan menaruh perasaan terhadap mangsa, bagaimanapun mangsa tidak berminat dengan suspek.
“Berang dengan penolakan tersebut, suspek dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluaga mangsa di kediaman mereka sebelum kejadian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sementara itu, ditanya sama ada suspek positif dadah, Swee Sake berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian darah.
Hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Dalam kejadian tengah hari Khamis, Siti Zulaila dan bapanya Zulkifli Ibrahim maut ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki dipangsapuri berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja ditikam suspek yang kemudian turut menikam bapa mangsa yang cuba meleraikan pertengkaran antara mereka.
Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke HPP untuk rawatan lanjut.
Suspek direman selama tujuh hari hingga 14 November (Khamis) depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumilan bersama dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong selepas solat Isyak kira- kira jam 10 malam Jumaat lepas.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

gempak
22/11/2024
11:50 MYT
Umum mengetahui kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar