HIBURAN
Cinta Semakin Utuh, Isteri Azlan Komeng Kini Hamil & Bakal Timang Anak Lelaki - “Aku Mohon Korang Doakan Supaya…”
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Doa kandungan
Selain mohon doa agar kandungan dalam keadaan baik, Nilam turut memberitahu dia masih bertahan dengan Azlan kerana lelaki itu seorang suami yang baik dan terbaik di matanya.
“Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku. Aku tak minta banyak daripada korang.
“Aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya. Doa yang baik-baik maka yang baik-baik akan datang kepada korang,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Isteri Azlan Komeng Pakai Tudung Nampak Leher - “Maaf Ya Orang Suci, Saya Terpaksa Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dilihat Semakin Bahagia, Nur Nilam Sifatkan Azlan Komeng Suami Yang Baik - “Dari Hanya 1 Kesilapan, Dia Masih…”
Nilam turut memuat naik video memperlihatkan rakaman imbasan ultra bunyi menunjukkan pasangan itu bakal menimang cahaya mata lelaki.
Lindungi isteri & anak
Azlan yang meninggalkan komen di ruangan perkongsian itu turut mendoakan agar Allah sentiasa melindungi isteri dan anak mereka.
“Semoga Allah pelihara kamu dan cahaya kita… love you baby,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut mendoakan kandungan Nilam dan kebahagian pasangan itu.
Sebelum ini, pasangan itu dikatakan berdepan masalah rumah tangga selepas Nilam mendedahkan suaminya akan berkahwin satu lagi.
Malah, Nilam juga dilaporkan sudah memfailkan fasakh namun Azlan memilih untuk tidak melepaskan isterinya itu.
Isu rumah tangga mereka menjadi perhatian lagi selepas seorang wanita berpurdah yang dipercayai bakal madunya memuat naik foto bersama Azlan.
Netizen mula membuat spekulasi mendakwa wanita itu sebenarnya Nilam namun usahawan itu tampil menafikan dakwaan tersebut.
@puan_nilamortiz Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku,aku tak minta banyak dari korang,aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya,doa yang baik baik maka yang baik baik akan datang kepada korang @AzlanKomeng ♬ Buah Hati - Armada
Must-Watch Video