,
Laman Utama

Cinta Laura Doakan Netizen Hidup Sempurna Sebab Kritik Dirinya Jadi Pelacur & Pole Dancer

Maliah Surip
21/12/2022
14:46 MYT
Bintang Indonesia, Cinta Laura menuai banyak pro dan kontra selepas memuat naik perkembangan terkini kerjaya seninya.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan di Instagramnya, Cinta Laura memberi sedutan watak dalam karya terbaharunya.
Pelakon berusia 29 tahun tersebut membawa watak seorang pole dancer atau penari tiang dan pelacur dalam siri berjudul Scandal 2: Love, Sex and Revenge.
Untuk menjayakan watak tersebut, pelakon itu mengaku terpaksa menghabiskan sehingga 20 jam belajar melakukan tarian tiang selain tampil dengan pakaian yang agak terbuka.
Bukan mendapat pujian, sebaliknya banyak netizen terkejut dengan keberanian Cinta Laura kelihatan sangat seksi atau vulgar hanya untuk menjayakan sesuatu watak.
Antara kritikan yang dilayangkan berbunyi: "Astagfirullah demi filem Cinta kamu rela bahagian bahagian (badan) dipertontonkan wow. Kamu hebat membuka aurat begitu terbuka.”
“Sebenarnya hak dia mahu berperanan sebagai apa, tapi menurutku filem filem seperti ini tak ada positifnya sama sekali, prestasinya di mana?
“Nanti akan ditiru oleh generasi muda..busana+dancenya sangat vulgar," kata warganet lain seperti dilaporkan Kompas.
Tidak berdiam diri dengan kritikan yang diterima, Cinta Laura pun bersuara.
“Untuk kalian yang sudah berfikiran negatif, berfikir buruk tentang inti cerita series ini tanpa akal kritis dan menghakimi orang-orang yang terlibat, kerugianmu," tulis Cinta Laura di akaun Instagramnya.
Dia juga mendoakan agar para pengkritik mencapai kehidupan masa depan dengan moral yang lebih baik.
“Aku doakan kalian sendiri sudah dijalan hidup yang sempurna dan mencapai tingkat moralitas tertinggi agar merasa layak untuk menghakimi keperibadian dan jalan hidup orang lain," katanya.
Menerusi siri yang ditayangkan lewat platform Vidio ini, Cinta Laura memainkan peranan seorang penyamar sebagai pelacur bernama Luna.
Dia sebenarnya bekerja sebagai pelacur dan penari di kelab Royal Club untuk memusnahkan bisnes haram pemilik kelab tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.