,
Laman Utama

Cikgu, Rakan Sekolah Tak Tahu Naimi Main Drum, ‘Know-Know’ Sertai Search

Maliah Surip
22/07/2023
06:50 MYT
Sejak kemunculan pertama kali bermain drum untuk kumpulan rock legenda, Search, di NUSA Fest beberapa minggu lalu, gadis cantik bernama Naimi terus mencuri tumpuan.
Kehebatannya bermain drum menjadi buah mulut apa lagi Naimi atau nama sebenarnya, Naimi Daini baru berusia 17 tahun.
Naimi yang akan kekal bermain drum untuk Search menceritakan pada awalnya tidak ada guru dan rakan di sekolah yang tahu kebolehannya bermain alat muzik tersebut.
Namun semuanya terbongkar selepas banyak video dan foto dirinya bermain drum di festival tersebut viral di laman sosial.
“Cikgu atau kawan sekolah tidak tahu saya main drum tapi sekarang di sekolah banyak yang tahu lepas lihat video dan foto saya bermain dengan Search dalam festival baru-baru ini,” kata Naimi kepada media.
Ironi Naimi yang sudah bermain drum sejak kecil mempunyai kumpulan sendiri namun oleh kerana setiap anggota sedang mempunyai projek masing-masing, dia kini memberi fokus bersama Search.
Apa lagi dia akan terbabit dengan Konsert Fantasia Bulan Salju, 12 Ogos ini di Arena of Stars, Genting Highland. Selain Naimi yang akan muncul dalam segmen khas, Arthur juga menjadi pemain drum pada konsert sama.
Bercakap mengenai mencari keserasian bersama empat anggota Search yang disegani iaitu Datuk Amy (vokalis), Nasir (bass), Man Kidal (gitar) dan Hillary (gitar), Naimi mengaku sedikit kekok pada awalnya.
“Pada awalnya memang sangat kekok tapi uncle-uncle buat saya selesa apabila sering mengajak saya berbual.
“Saya juga belajar banyak perkara baharu bersama mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, peminat masih boleh mendapatkan tiket pada bahagian Rock Zone boleh dibeli menerusi sesawang rwgenting.com dan my.bookmyshow.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.