,
Laman Utama

Cikgu Fadli Bebas Pertuduhan, Tiada Tindakan Tatatertib?

Izwan Isa
18/10/2022
12:52 MYT
Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikatakan membuat keputusan bahawa guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib berhubung kontroversi yang sedang melanda.
Perkara itu dinyatakan dalam surat yang tular di media sosial pada Selasa.
Surat tersebut menyatakan, lembaga itu membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya pada Isnin dan telah menimbang dengan teliti surat pertuduhan ke atas Mohd Fadli dan representasi bertulis yang dihantar guru berkenaan.
Tiga pertuduhan kes diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib. Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Berdasarkan surat yang diterima daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan KPM sebelum ini, beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.
Dalam pada itu, Mohd Fadli yang mesra dengan panggilan Cikgu Fadli menyatakan bakal berkongsi keputusan Lembaga Tatatertib KPM malam ini, menerusi Facebooknya.
“Keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib KPM sudah keluar. Malam ini saya akan kongsikan. Berdebar macam tunggu keputusan pilihan raya pula,” katanya.
Sementara itu, menerusi laporan Sinar Bestari, ahli keluarga Cikgu Fadli menyatakan rasa syukur dengan berita berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah”. Itulah reaksi salah seorang ahli keluarga Cikgu Fadli mengenai keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang dibuat hari ini bagi menentukan nasib cikgu tersebut sama ada dipecat atau diturunkan pangkat akibat daripada menyuarakan isu berkaitan sistem pendidikan negara yang tular sejak Sabtu.
Sumber: Sinar Harian & Sinar Bestari
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

gempak
24/07/2024
09:50 MYT
Guru Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh berharap kes buli yang melibatkan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi iktibar di negara ini.
Viral

[VIDEO] Ini Tujuan Cikgu Fadli Bawa Lamborghini Ke Sekolah - “Insya-Allah Akan Ada Antara Anak-Anak Ini Mampu Capai Impian Mereka”

gempak
09/02/2024
09:55 MYT
Seorang guru dan pempengaruh, Mohd Fadli Salleh yang berkongsi rakaman video tiba ke sekolah dengan memandu kereta jenis Lamborghini pada hari persaraannya
Laman Utama

Awas! Panggil Rakan Sekerja 'Sayang', 'Dear' Boleh Kena Tatatertib

gempak
07/05/2023
10:50 MYT
Dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.
Laman Utama

Berkat Ikut Cara Dakwah Nabi Musa AS Dengan Firaun, Cikgu Fadli Bersyukur Didapati Tak Bersalah - “Allahu, Sujud Syukur Saya”

gempak
18/10/2022
20:50 MYT
Alhamdulillah
Laman Utama

Cikgu Fadli Jawab Isu Tak Nak Layan Caprice - “Bukan Tujuan Nak Sombong Atau Benci Ke Apa“

gempak
17/10/2022
22:50 MYT
Cikgu Fadli minta maaf pada Caprice