,
Laman Utama

Chris Rock Penat Cakap Tentang Insiden Ditampar Will Smith, Mengaku Ia Menyakitkan

Maliah Surip
06/03/2023
13:40 MYT
Sudah setahun sejak insiden dirinya ditampar aktor Will Smith di atas pentas Oscar berlalu. Namun khalayak dan media masih terus memperkatakan tentang peristiwa yang membuat dunia hiburan bergegar.
Menerusi satu temu bual khas berkaitan komedi di Netflix, Chris Rock mengaku sudah penat bercakap tentang isu yang sama.
Meski demikian, dia sekali lagi membuka mulut tentang insiden ditampat Smith selepas mempersenda penampilan botak isteri aktor itu kerana sakit.
Pendek tapi padat Chris mengaku layangan lempang yang disinggah dimukanya menyakitkan.
Rock, 58, juga mengatakan jika ada orang memberitahu perkataan lebih menyakitkan daripada dipukul, barangkali individu tersebut tidak pernah dikasari.
“Anda tahu ada yang menyatakan kata-kata lebih menyakitkan. Sesiapa yang berkata demikian tidak pernah ditumbuk pada wajahnya,” kata Rock seperti dilaporkan CNN.
Pelawak itu juga mengaku selepas insiden tersebut, dia akan lebih berhati-hati dengan perbuatan dan perkataan yang digunakan agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
“Saya akan berusaha membuat persembahan tanpa melukakan orang lain. Kita tidak tahu bila dan siapa yang akan terasa dengan tindakan kita,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.