,
Hiburan

The Chosen One 2024: "Suara power!" - Anak Didik Adira Juara Minggu Pertama, Siap Dapat Pujian Awie

Ainun
20/09/2024
21:55 MYT
Program The Chosen One 2024 telah pun membuka tirainya dengan lapan persembahan hebat daripada peserta terpilih.
Konsert minggu pertama menyaksikan Atikah Ros iaitu mentee kepada coach penyanyi Adira meraih kedudukan tertinggi.
Atikah menyampaikan lagu berjudul Sepi Sekuntum Mawar Merah dan menerima pujian daripada ketua juri, Datuk Awie.

“Saya sebenarnya tergamam dengan suaranya yang power. Macam saya katakan, menyanyi bukan sekadar menjerit, kali ini menyanyi sambil jerit yang sedap didengari tetapi kena pada tempat," ujarnya.

Selain itu, mentee kepada coach Firdaus dan Fahimi Rahmat, Azry Sabri pula berada di kedudukan kedua dengan persembahan lagu Semata Keranamu.
Persembahannya turut mendapat pujian daripada juri jemputan, Datuk AC Mizal.

“Saya seorang yang sangat susah untuk sukakan suara orang tetapi suara Azry sekarang adalah kegemaran saya," katanya.

Seterusnya, tempat ketiga dimiliki oleh Kiki Fateeha, mentee kepada Aepul Roza, diikuti oleh Akhil Mikhail, mentee kepada Tomok, di tempat keempat.
Tempat kelima pula Qal Daienish, mentee kepada Wany Hasrita, manakala Elofa Reza, mentee kepada Suki Low, berada di kedudukan keenam.

BERITA TRENDING: 15,000 Peserta Meriahkan Keretapi Sarong 2024, Tahun Depan Akan Lebih Gah

BERITA TRENDING: Zoo Di China Buat Hal Lagi, Warnakan Anjing Menyerupai Panda

Walau bagaimanapun, Eriq Fikir, mentee kepada coach Sufian Suhaimi dan Farah Aina, mentee kepada coach Amir Jahari berada di kedudukan terbawah, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.
Persembahan yang kurang menyerlah menyebabkan mereka berada di kedudukan terendah pada minggu ini, sehingga menyebabkan Farah Aina tersingkir.
Namun, untuk minggu pertama The Chosen One 2024, tiada penyingkiran dilakukan, dan kesemua mentee akan meneruskan perjuangan mereka di minggu kedua.
The Chosen One 2024 menampilkan Jihan Muse dan Haziq Hussni sebagai pengacara baharu untuk musim kali ini.

Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week

Selain itu, para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran pada setiap minggu sejurus selepas The Chosen One 2024 tamat melalui laman web www.thechosenone.com.my .
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’, yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: “Saya Suka Jenis Suara Yang Berlemak” – Wany Hasrita Dedah Faktor Utama Pilih Mentee

BERITA TRENDING: "Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

Astro Baharu, Tak Macam Dulu

‘The Chosen One 2024’ musim kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Jihan Muse Teruja Bakal Kendali ‘The Chosen One’ Musim 2 Bersama Haziq Hussni - “Tahun Lepas Saya Sebagai…”

gempak
04/09/2024
04:55 MYT
Program nyanyian kanak-kanak, ‘The Chosen One’ musim kedua, tampil dengan gandingan baharu dua pengacara iaitu Jihan Muse dan Haziq Hussni yang diumumkan pada petang, Selasa
Hiburan

"Tipu Dosa, Saya Tak Kenal Datuk H... Netizen Yang Memandai-Mandai" - Adira

gempak
18/08/2024
10:25 MYT
Tiada angin manakan pokok bergoyang, namun desas-desus yang mendakwa penyanyi Adira Suhaimi kini rapat dengan individu yang dikenali sebagai Datuk H dinafikannya.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Suami Bekas Isteri Pertama, Datuk Red Anggap Diri Lebih Kacak - "Saya Rasa Saya Lagi Handsome"

gempak
05/08/2024
23:55 MYT
Wajah dikatakan seakan-akan seiras dengan suami bekas isteri pertama, usahawan, Datuk Red berkongsi reaksinya tentang komen yang diberi oleh netizen.