,
Laman Utama

China Haramkan Selebriti Negara Itu Pamer Kehidupan Mewah, Aktiviti Seni Di Laman Sosial Kerana…

Izwan Isa
29/11/2021
14:20 MYT
Badan pemantau internet terkemuka China telah memperkenalkan peraturan baharu yang mengehadkan dengan ketat perkara yang boleh dilakukan oleh selebriti, ejen mereka dan juga peminat di media sosial.
Hal ini selari dengan kempen yang dikelolakan oleh negeri Beijing meneruskan bagi mendisiplinkan budaya pop dan kelab peminat, lapor South China Morning Post.
Menurut Cyberspace Administration of China (CAC), langkah baharu tersebut termasuklah mengehadkan bilangan akaun yang boleh mereka miliki, larangan menunjukkan gaya hidup mewah, dan menyekat perkongsian yang menunjukkan kerja dan aktiviti mereka.
“Peraturan ini telah direka untuk mengukuhkan lagi kerja yang berkaitan dengan peraturan maklumat dalam talian selebriti. Selain itu, larangan turut dikenakan ke atas paparazi yang mendedahkan kehidupan peribadi, alamat rumah atau jadual selebriti popular.
“Sesetengah publisiti dalam talian mengenai selebriti adalah tidak berdisiplin. Gosip dan maklumat peribadi berada di muka depan media dan topik sohor kini beberapa laman web, mengambil banyak sumber awam”, kata CAC.
BACA: Negara Ini Haramkan Lelaki Berimej Feminin Keluar TV, Motif?
Di bawah peraturan baharu ini juga, platform dalam talian, terutamanya media sosial dan pengumpul maklumat lain dikehendaki memantau akaun selebriti dan melaporkan sebarang aktiviti yang tidak wajar kepada pihak berkuasa.
CAC juga menetapkan bahawa setiap agensi selebriti hanya perlu mempunyai satu akaun pada setiap platform media sosial, dan akaun kelab peminat perlu disahkan oleh agensi itu.
Sebelum ini, media melaporkan China melarang sebarang penonjolan imej lelaki yang menyerupai wanita dalam mana-mana penyiaran televisyen.
Selain itu, China juga dilaporkan turut mengkritik selebriti lelaki yang bermekap tabal selain mahu mempromosi imej bintang yang lebih maskulin.
Foto kredit: freestocks (Unsplash)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.