HIBURAN
Che Ta Titip Pesanan Untuk Kaum Wanita Jika Suami Berlaku Curang - “Orang Perempuan Jangan Terus…”
Pelakon Rozita Che Wan menasihatkan golongan wanita agar tidak meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap orang ketiga jika suami mereka berlaku curang.
Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, golongan lelaki yang harus dipersalahlan berbanding wanita apabila timbulnya isu melibatkan orang ketiga.
"Ini pendapat saya, bila lelaki curang, orang perempuan suka menyalahkan jantina sendiri. Jangan.
"Orang lelaki pun cari fasal sebenarnya sebab perangai teruk tetapi perempuan pula jadi mangsa," katanya dalam TikTok baru-baru ini.
Tambahnya, kaum hawa juga perlu mempunyai limitasi jika ingin melepaskan kemarahan seperti menyebarkan hal yang tidak sepatutnya.
"Selalunya kita memang akan salahkan orang perempuan juga sedangkan yang paling bersalah nombor satu ialah lelaki.
"Jadi, orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.
"Sesetengah orang suka, suami dia biasa sahaja tetapi salahkan perempuan lain padahal suami sendiri buaya lapar. Kalau saya, memang akan salahkan lelaki itu," jelasnya.
Che Ta sebelum ini pernah memberitahu sekiranya suami curang, jangan sesekali meletakkan kesalahan terhadap wanita lain atau penyondol 100 peratus.
Katanya dalam situasi sebegitu, kedua-dua pihak bersalah dan layak diberikan hukuman.
Must-Watch Video