,
Laman Utama

Che Ta Syukur Anak Sulung Pula Genggam Double Degree - "Allah Bagi Anak-Anak Cerdik & Mudah Saya Bela"

Amri Hassan
16/10/2022
04:38 MYT
Pelakon Rozita Che Wan memanjatkan rasa syukur apabila anak sulungnya pula, Ammar Effendy berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (double degree) selepas Aniq Ezra.
BACA: “Bukan Sikit-Sikit Duit Cheq Oii..” - Che Ta Bersyukur Anak Berjaya, Penampilan Datang Konvo Tarik Perhatian Ramai!
Kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, pengorbanannya selama 12 tahun bergelar ibu tunggal akhirnya berbalas dengan kejayaan anak-anaknya.
"Allhamdulillah syukur. Allah bagi saya anak- anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela.
"12 tahun masa jadi single mom dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik ja untuk mereka!
"Tak dak langsung pikiaq untuk diri sendiri!" ujarnya.
Berdepan cabaran sebagai artis yang tiada pendapatan tetap, imbas Che Ta lagi dia berlapang dada dan berserah atas urusan Yang Maha Esa.
"Mereka dapat masuk MRSM, lepaih tu upgrade masuk KYS then dpt straight A’s, masuk TAYLOR’s University.
"Untuk kami yang income tak tetap masa tu nak bayar fees KYs perghhhhhh mencanak jugalah cari duit! Tapi Allah permudahkan segalanya.
"Hari ni syukur @ammareffendy pula dah grad! Double degree dalam tangan," ujarnya.
Terdahulu, Che Ta berkongsi kegembiraannya apabila anak kedua, Aniq Ezra berjaya menamatkan pelajaran dan turut mendapat ijazah sarjana muda berganda dari universiti sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar