,
Laman Utama

Che Ta Singsing Lengan Cuci Gudang Demi Haji Zil?

Fiza Kamarudin
24/09/2020
12:58 MYT
Pelakon dan penerbit jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta, sanggup ‘menyinsing lengan’ demi sahabatnya pemilik rumah produksi Zeel Production, Haji Fadzil Teh atau Hj Zil.
Che Ta berkata dia melakukan jualan cuci gudang dan akan turun padang untuk bersama-sama dengan Haji Zil dalam karnival jualan hebat dengan kerjasama AsasiMall iaitu, perkhidmatan perniagaan dalam talian AsasiMall yang diuruskan sahabatnya itu.
“Sebagai tanda sokongan saya akan turun padang ke Karnival Superwoman Sale yang bakal berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 September ini bertempat di pejabat saya By RCW di, Sungai Buloh bermula jam 10 pagi hingga 8 malam,” katanya kepada Gempak.
Che Ta akan menjual pelbagai barangan seperti tas tangan, baju Melayu, tudung, shawl dan pakaian preloved miliknya dengan harga istimewa.
“InsyaAllah dalam tempoh tiga hari itu nanti, saya sasarkan untuk mendapat untung jualan bersih sekitar RM100,000.
“Baju Melayu sepasang dijual pada harga RM50 selain dua tas tangan Hera dijual dengan harga RM300 antara yang tidak wajar dilepaskan.
“Ambillah peluang untuk datang berbelanja dengan bijak pada karnival jualan ini,” kata Che Ta
Sementara itu Haji Zil berkata, dia sangat optimis dengan penganjuran karnival tersebut.
“Selepas enam bulan operasi ini kali pertama kami mengikuti jualan atau karnival seumpama itu. Selama beroperasi teras kami lebih kepada dalam talian. Tapi sesekali kami tidak kisah turut serta dalam acara ‘on ground’.
“InsyaAllah selama karnival jualan berlangsung, pihak AsasiMall akan menjual kelengkapan rumah seperti mangkuk tingkat, periuk, pinggan mangkuk dan seleksi pakaian termasuk jubah Abaya dari Dubai.
“Dengan penyertaan rakan artis, siapa tahu karnival jualan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Kita merancang untuk mengadakan karnival jualan sama lagi di Taman Mini Melaka Oktober depan membabitkan lagi ramai artis termasuk Che Ta sendiri,” katanya.
Karnival Super Women Sale itu turut mendapat kerjasama daripada pelakon Scha Ellinea dan Aidit Noh.
Haji Zil turut mempelawa rakan-rakan selebriti lain serta orang ramai untuk mencari pendapatan sampingan dengan berniaga.
“Beri kami sedikit masa lagi dan Insya-Allah, AsasiMall boleh berdiri setanding dengan Lazada dan Shopee. Ia selaras dengan perkembangan semasa di mana hampir 80 peratus transaksi pengguna membeli barangan keperluan mereka dalam talian.
“Oleh kerana saya sendiri begitu dekat dengan artis, peluang berniaga dalam talian ini turut dibuka kepada golongan seni yang mencari pendapatan sampingan dengan berniaga. Tak ketinggalan usahawan daripada semua golongan boleh turut serta.
“Untuk membeli barang yang dijual boleh layari www.asasimall.my atau muat turun aplikasi AsasiMall di Google Play atau App Store. Boleh juga ikuti perkembangan di Instagram rasmi @asasimall2020 atau hubungi talian 0196190427,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

gempak
21/08/2024
13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.
Hiburan

Che Ta Tak Kisah Menantu Tinggal Bersama Lepas Kahwin, Siap Tawarkan Pembantu Rumah - "Menantu Happy, Saya Senang Hati"

gempak
08/08/2024
07:58 MYT
Mempunyai sifat memahami, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 53, sedia menggajikan pembantu rumah demi keselesaan menantunya selepas berkahwin dengan anak sulungnya.