,
Hiburan

Che Ta Nafi Hina Golongan B40 - “Demi Allah Tak Pernah, Tiada Beza Pun Saya Dengan Orang Lain”

Mya Amri
02/03/2024
11:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan, 51, kesal apabila ada segelintir pihak yang memutar belitkan kenyataan mengenai anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 10, sehingga menimbulkan salah faham.
Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
“Orang dakwa saya kata anak saya adalah T20 tapi anak orang lain B40. Saya tak pernah pun kata macam itu. Saya tak pernah labelkan diri saya macam itu.
“Saya pun tak tahu cerita itu dikeluarkan di portal yang mana, tapi saya rasa portal yang tidak bertanggungjawab.
“Tapi bila saya muat naik hantaran di Instagram (IG), ramai netizen tahu kenyataan itu bukan dari saya. Kita bukan nak cakap besar, tiada beza pun saya dengan orang lain.
“Saya juga terpaksa bekerja, bukan duit itu turun dari langit. Bukannnya saya baring dan tidur sahaja. Kenyataan tidak benar itu nanti akan mengundang kecaman, orang cakap artis berlagaklah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Che Ta ditemui di majlis perasmian Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di pusat beli belah My Town, pada Sabtu.
Jelas Che Ta lagi, dia juga tidak pernah membuat sebarang kenyataan sedemikian dan turut bekerja keras menjana pendapatan sama seperti orang lain.
“Seperti hari ini saya baru saja pulang dari Kelantan menghadiri acara, kemudian ke pejabat sekejap ada mesyuarat dan ke sini.
“Jadi saya tidak pernah bezakan saya dengan sesiapa. Demi Allah tak pernah. Kita jadi macam apa yang kita ada hari ini adalah dari sokongan semua orang terutamanya B40.
“Awak ingat T20 nak layan kita misalnya bila kita jual produk? Bila saya keluarkan produk pun saya keluarkan produk yang mampu milik, untuk semua orang rasa diri mereka disayangi dan cantik tanpa belanja yang tidak masuk akal.
“Saya muat naik di Instagram supaya orang tahu kenyataan itu bukannya dari saya. Alhamdulillah ramai yang memberikan komen yang positif.
“Orang ramai pun kenal saya sebab saya selalu buat live. Jadi bila kisah itu keluar mereka tahu ia bukan dari saya,” jelasnya.

BERITA TRENDING: RM100 Seminggu Tak Cukup, Che Ta Naikkan Duit Elaun Mekap Aaisyah – “Kasihannya, RM100 Nak Beli Apa?”

Terdahulu, Che Ta memuat naik di laman sosialnya bertanya mengenai individu atau pihak yang mendakwa dia pernah mengeluarkan kenyataan berbaur riak.
“Alhamdulillah amin bertuah dia beranak atas dulang emaks, mak kita bersalin kat atas katil kayu sahaja sebab kita B40, kita tak cemburulah cuma kita sakit hati dengan kata?
“Awak itu janganlah hina kami ini, kami B40 sedar diri tapi nak tanya juga kain kafan untuk T20 lain ke dengan B40,” tulis kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

gempak
21/08/2024
13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.
Hiburan

Che Ta Tak Kisah Menantu Tinggal Bersama Lepas Kahwin, Siap Tawarkan Pembantu Rumah - "Menantu Happy, Saya Senang Hati"

gempak
08/08/2024
07:58 MYT
Mempunyai sifat memahami, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 53, sedia menggajikan pembantu rumah demi keselesaan menantunya selepas berkahwin dengan anak sulungnya.