,
Hiburan

Che Nom Izinkan Netizen Guna Resipinya Untuk Berniaga, Katanya Tak Ada Trademark

Amri Hassan
13/01/2021
10:25 MYT
YouTuber masakan terkenal Che Nom mengizinkan orang ramai untuk menggunakan resipi yang dikongsinya di media sosial untuk apa saja tujuan termasuk berniaga.
Jelas Che Nom, kesemua resipinya tidak diletakkan tanda dagang dan menyifatkan perkongsiaannya selama ini atas dasar berkongsi rezeki.
"Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, gunalah... Tak perlu minta halal minta izin pun.
"Tak ada trademark. Insya-Allah sama-sama kita cari rezeki," katanya.
Malah, Che Nom yang popular dengan video masakan ala mak mak itu mengizinkan orang ramai menggunakan gambarnya untuk dijadikan stiker mahupun banner.
Ciapan Che Nom itu mendapat pujian dan reaksi positif dari wargamaya. Pada masa sama mendoakan agar YouTuber yang semakin dikenali itu dimurahkan rezeki.
Selain Che Nom, beberapa selebriti masakan media sosial antaranya Khairul Aming, Azie Kitchen dan Danish Harraz tidak lokek berkongsi petua dan resipi mereka kepada orang ramai.
Sehingga kini saluran YouTube Che Nom telah mengumpul lebih 992,000 subscriber dan 67,000 pengikut di Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar