,
Hiburan

Chaleeda Kembali Dengan Growing Up Sucks

Kamaruddin Razal
05/08/2019
14:15 MYT
Artis antarabangsa pertama di bawah naungan Rocketfuel, Chaleeda Gilbert nampaknya tidak berputus asa dalam mengembangkan bakat seninya.
Bintang berdarah Thai-Inggeris ini kembali dengan sebuah lagu baru yang lebih segar berjudul Growing Up Sucks.
Growing Up Sucks secara umum menceritakan tentang seseorang yang rindukan zaman mudanya namun masih bersyukur kerana biarpun waktu itu telah berlalu, dia masih mempunyai teman istimewanya bersama-sama.
Lagu yang berentak easy listening ini merupakan hasil nukilan beberapa orang komposer berbakat iaitu Justin Seow, Kuizz Shah, dan Wee Zhen Yong manakala liriknya pula ditulis oleh artis tempatan, Bil Musa.
Chaleeda yang mula dikenali dahulu lewat platform media sosial Youtube kerana sering menyanyikan semula lagu-lagu popular artis antarabangsa, berjaya menarik perhatian pihak Rocketfuel dan kini bergelar artis rakaman dan juga pelakon.
Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.
Selepas mendapat maklum balas yang baik dari peminat dari Malaysia, Chaleeda yakin akan berjaya menempatkan diri di dalam muzik industri tempatan.
Lagu-lagu yang disajikan juga adalah mengikut citarasa tempatan walaupun ia berbahasa Inggeris.
Lagu Growing Up Sucks ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.
Video lirik dan muzik lagu Growing Up Sucks ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pertama Kali Chaleeda Pakai Tudung, Dah Ada Yang Nak Jadikan Bini, Ramai Puji Cantik!

gempak
20/12/2019
10:15 MYT
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: "Saya Tak Sangka Seramai Itu Orang Tidak Menyukai Saya" - Chaleeda Tertekan Baca Komen Netizen

gempak
17/09/2019
01:18 MYT
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: Syada & Chaleeda Tersingkir.. Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Keseluruhan Konsert Minggu Ke-5!

gempak
15/09/2019
18:20 MYT
Big Stage S2 BM

Hampir Tersingkir, Chaleeda Mahu Berikan Persembahan Terbaik Minggu Depan

gempak
19/08/2019
10:11 MYT
Hiburan

Berkolaborasi Dengan Chaleeda, Lil J Muncul Dengan Bestfriend

gempak
25/12/2018
01:47 MYT