,
Laman Utama

“Ceritanya Agak Memalukan Sikit” - Jari Kaki Amelia Henderson Patah Dalam Gara-Gara…

Asyikin Mayudin
21/08/2023
11:45 MYT
Gara-gara terlanggar bucu katil ketika ingin menuju ke bilik air, pelakon dan pengacara Amelia Henderson mengalami kecederaan ringan di bahagian jari kaki kirinya.
Menurut Amelia, pada mulanya dia berfikiran hanya alami kesakitan biasa sahaja namun tidak menjangka jari kakinya kelihatan seperti sudah sengit.
"Tiada yang serius sangat, tapi ceritanya agak memalukan sikit. Saya baru balik kerja, dua hari lepas. Masa itu dah mengantuk sangat-sangat.
"Waktu itu dalam dua pagi saya dah nak tidur, tapi sebelum tidur nak pergi berus gigi. Tengah nak berjalan menuju ke bilik air, saya terlanggar bucu katil. Ada bunyi dan memang sakit.
"Saya ingat sakit biasa, kemudian saya duduk dan lihat jari kaki saya macam dah sengit. Saya dah risau sebab nampak macam dah teruk.
"Kemudian saya terus telefon adik saya suruh kejutkan ibu. Saya tanya mereka apa patut saya buat. Adik saya datang rumah dan bawa saya pergi hospital," katanya kepada Gempak.
Selepas dia mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan jari kakinya telah patah (multiple fracture) dan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
"Saya ingat jari kaki saya terkehel (discolated), rupa-rupanya bukan terkehel tapi multiple fracture (patah dalam), bukan satu tapi ada beberapa bahagian juga. Ikutkan saya perlu ditahan wad dan buat pembedahan.
“Tapi waktu itu dah tengah malam, saya pun balik rumah dulu. Keesokan pagi, saya datang semula ke hospital untuk maklumkan doktor, saya tak boleh buat pembedahan sebab kerja dan penggambaran masih banyak.
"Jadi doktor hanya balut jari kaki dan saya akan buat temu janji susulan untuk pastikan pembedahan itu diperlukan atau tidak," tambahnya.
Susulan itu, aktres berusia 28 tahun itu terpaksa menggunakan kasut jenis boot khas untuk membantu pergerakannya.
"Buat masa sekarang ini saya perlu pakai kasut boot khas untuk tiga hingga empat minggu paling minima. Kalau tak buat pembedahan harap akan okey balik.
"Memang sakit dan sedikit sebanyak menyusahkan kerja saya. Sebab kena pakai kerusi roda dan susah nak berjalan," jelasnya lagi.
BACA SINI: Amelia Henderson, Aedy Ashraf Bakal Nikah?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Cantik! Peminat Puji Amelia Henderson Macam ‘Anak Patung’ -  “The Real Miss Universe”

gempak
08/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson mencuri perhatian warganet baru-baru ini.
Hiburan

"Dia Selalu Di Belakang Saya" - Amelia Henderson Hargai Sokongan Aedy Ashraf Isu Kes Saman

gempak
13/08/2024
07:55 MYT
Pelakon Amelia Henderson, 29, menghargai sokongan diberikan oleh bekas kekasihnya, Aedy Ashraf, 31, selepas dirinya terpalit kes saman membabitkan seorang penulis skrip yang masih belum selesai.
Hiburan

Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”

gempak
10/08/2024
03:55 MYT
Pelakon terkenal, Aedy Ashraf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli sewaktu di zaman persekolahan.
Hiburan

Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
08/08/2024
11:25 MYT
Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu Kahar Kapla High Council bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada November depan.